NRHOME UiTM (Cara Daftar Portal Rumah Sewa Pelajar UiTM)

NRHOME UiTM (Cara Daftar Portal Rumah Sewa Pelajar UiTM)

NRHOME UiTM

Para mahasiswa seringkali mengalami masalah untuk mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat pengajian. Harga sewa yang tinggi juga menjadi maslaah utama untuk setiap mahasiswa mendapatkan rumah sewa yang sesuai.

Pihak UITM telah menyediakan satu platform yang dapat membantu para mahasiswa dalam hal tersebut. Portal NRHOME UiTM dapat menyelesaikan masalah tersebut.

 

Apa Itu NRHOME UiTM

Terkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR), bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

Pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR

 

Cara Daftar Portal NRHOME UiTM

Cara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke pautan: https://nr.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.
  2. Buat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.
  3. Hubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.
  4. Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.
  5. Kemaskini maklumat dalam Student Portal UITM

NRHOME UiTM

Contoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman

Nur Asmah Hussin
JL Auto Servis Kg. Jelor,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
013-3657043

____________________________________________________________________
Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Tuan,

Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023

Berhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin
No. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuat
rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin
Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelah
gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu
Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online dan
juga kolej-kolej lain.

2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia
memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.

3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana
saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin
(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu
semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar
tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di
asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam
menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi.

4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagi
membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan
menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.

5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam ‘LRT’ yang memakan masa selama 45
minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan
saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya
berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon
positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,
(NUR ASMAH HUSSIN)

 

Artikel Lain : Permohonan Rumah Siswa IPTA

Leave a Comment