CARA DAFTAR PAHANG PRIDE KID RM200 (Register erakyat.pahang.gov.my)

CARA DAFTAR PAHANG PRIDE KID RM200 (Register erakyat.pahang.gov.my)

pahang pride kid

Percuma RM200 bagi setiap kelahiran bayi di negeri Pahang pada tahun 2022.  Pemohon akan menerima sumbangan RM200 (RM100 dalam bentuk barangan dan RM100 lagi dalam bentuk simpanan bank) melalui program Pahang Pride Kid 2022.

Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada rakyat negeri ini yang dijangka dapat memanfaatkan 25,000 ibu dan bayi yang dilahirkan di negeri Pahang

Apa itu Program Pahang Pride Kid

Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai setiap anak kelahiran negeri Pahang yang lahir pada tahun 2022.

Inisiatif Pahang Pride K1d ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 pada  bulan  Disember tahun lalu.

“Bagi tujuan itu kerajaan negeri menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta.

“Jumlah peruntukan itu diambil kira berdasarkan data Jabatan Perangkaan bagi kelahiran bayi di negeri Pahang seramai 25,279 pada 2020,” katanya.

Wan Rosdy berkata, program itu diadakan bagi membantu ibu bapa yang baharu menerima cahaya mata mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan anak mereka.

“Di samping meraikan kegembiraan mereka, ia juga sebagai tanda anak yang dilahirkan itu anak kebanggaan negeri Pahang,” katanya

pahang pride kid

Kadar Sumbangan Pahang Pride Kid

Setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM200.

Bayaran akan dibuat dalam bentuk simpanan bank RM100 dan RM100 lagi berupa barangan penjagaan bayi dan ibu sewaktu berpantang.

Syarat Permohonan

Bagi memastikan sumbangan ini sampai kepada golongan sasaran, Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan sumbangan ini iaitu;

  • Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang pada tahun 2022

Cara Memohon 

Ibu / bapa / penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui Sistem e-Rakyat Negeri Pahang melalui pautan berikut;

https://erakyat.pahang.gov.my/

  1. Klik pada bahagian permohonan dan isi maklumat yang dikehendaki
  2. Klik kategori bantuan – Bantuan Kerajaan Negeri
  3. Pilih jenis bantuan – RM200 kelahiran baharu di Negeri Pahang
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan kik hantar
  5. Klik cetak

Artikel Lain: Permohonan Bantuan Subsidi Yuran Taska 2022

Leave a Comment