CONTOH PAKAIAN BERAGAM TEMA HARI MERDEKA(Peragaan Kostum Busana Kanak-Kanak)

CONTOH PAKAIAN BERAGAM TEMA HARI MERDEKA(Peragaan Kostum Busana Kanak-Kanak)

PAKAIAN BERAGAM

Hari kemerdekaan sememangnya sinonim dengan acara sambutan yang meriah dan pelbagai. Untuk anak anda yang bakal menyertai acara-acara ini, pastinya anda mahukan sesuatu yang lebih menyerlah dan tampak yakin.Kami akan kongsikan contoh pakaian beragam yang boleh digunakan semasa sambutan kemerdekaan nanti.

 

Pakaian Beragam Untuk Haiwan Kesayangan

Pakaian Beragam

Bagi anda yang mempunyai haiwan peliharaan, pastinya comel bukan kalau anda sekeluarga berpakaian bertema kemerdekaan diikuti pula dengan haiwan kesayangan anda. Bandana bertemakan jalur gemilang ini sesuai untuk dipakaikan pada haiwan bersaiz sederhana dan sederhana kecil seperti kucing atau anjing.

Kebiasaannya, haiwan peliharaan tidak  menggemari pakaian terutama sekali jenis yang melitupi keseluruhan tubuh mereka, ini kerana bulu mereka sebenarnya merupakan ‘pakaian’ mereka yang berfungsi sebagai pemanas dan pelindung badan mereka. Kalau dipakaikan selapis lagi pakaian pastinya mereka akan merasa panas, tetapi tidak dengan bandana ini

Anda boleh dapatkan di SINI

 

Pakaian Beragam Puteri

Untuk anda yang mempunyai anak yang akan membuat persembahan tarian kemerdekaan dan sebagainya, apa kata anda tengok-tengok kostum Puteri Merdeka Tail ini. Ia mempunyai rekaan yang sangat menarik dan pastinya akan menggamit tumpuan orang-orang yang melihatnya.

Kunci utama rupa yang unik pada kostum ini ada pada penggunaan pelbagai jenis renda dan fabrik dengan pelbagai jenis rekaan dan tekstur. Ini menghasilkan sebuah imej yang ‘fancy’ apabila melihatnya. Ia juga digilapkan lagi dengan penggunaan fabrik yang berkilauan bagi menambat perhatian umum padanya.

Pakaian Beragam Unisex

Antara kelebihan pakaian seragam bertemakan kemerdekaan ini adalah rekaan ini boleh dipakai baik oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan, cuma dari segi saiz mungkin anda boleh dapatkan saiz yang berbeza mengikut keperluan anda.

Kostum ini mempunyai konsep yang menarik dimana ia mengambil konsep rekaan suit tentera, tetapi dengan olahan kreatif oleh perekanya dengan menambah unsur Jalur Gemilang supaya ia tampak lebih kena dengan tema kemerdekaan. Pilihan corak dan warnanya juga membuatkannya tampak kemas, segak dan elegan.

PakaianBeragam Tanjak

Bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih bertemakan kepahlawanan dan kaya dengan budaya warisan Melayu, kami mengesyorkan kepada anda untuk dapatkan aksesori tanjak boleh laras ini. Tahukah anda, perbezaan tanjak dan tengolok ialah tanjak biasanya dipakai oleh golongan diraja dan tengkolok pula dipakai oleh rakyat biasa. Tanjak ini dijual dengan harga yang murah dan ia juga mempunyai pelbagai rekaan, jadi anda boleh pilih sahaja mana satu yang kena dengan tema pilihan anda.

Rekaannya yang berteraskan kemerdekaan juga mempunyai pilihan warna yang menarik, membolehkan satu jenis tanjak untuk dipakai bersama pelbagai jenis pakaian lain. Tanjak ini sememangnya versatil dan anda tidak perlu bersusah-payah mencari tanjak dengan rekaan yang lain untuk kegunaan pada lain masa.

Tanjak ini direka bersesuaian dengan kegunaan kanak-kanak dimana ia mempunyai pelaras yang boleh diubahsuai saiz ukur lilitnya mengikut kesesuaian dan keselesaan pemakai. Kalau tidak sengaja tanggalkan pun anda tidak perlu bersusah payah untuk mengikatnya, hanya perlu sarung dan laraskan sahaja, mudah bukan?

Pakaian BeragamBaju Melayu dan Baju Kurung

Pakaian Beragam

Antara elemen utama sambutan kemerdekaan pastinya terletak pada semangat patriotisma dan cinta pada warisan masyarakat Malaysia, sebab itulah kami mencadangkan baju melayu moden dan baju kurung Saloma bagi anda yang mahukan sesuatu dengan lebih nilai warisan turun-temurun.

Ia mempunyai rekabentuk yang agak moden, tetapi diselangi dengan nukilan-nukilan dan elemen tradisional, menjadikannya sebuah pakaian yang sangat unik. Ia juga menggunakan motif utama Jalur Gemilang yang pastinya dapat membakar semangat patriotisma dalam diri anak anda.

 

Artikel Lain :Senarai Lirik Lagu Patriotik Merdeka

2 thoughts on “CONTOH PAKAIAN BERAGAM TEMA HARI MERDEKA(Peragaan Kostum Busana Kanak-Kanak)”

Leave a Comment