Cara Beli Pakej Keluarga Malaysia KTMB (Dapat Diskaun 25% Tren ETS & Intercity)
Berita gembira kepada warganegara Malaysia, kini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity. Pakej ini dapat membantu meringankan kos yang ditanggung oleh rakyat.
Pakej itu menawarkan diskaun 25 peratus bagi pembelian minimum empat tiket dalam satu transaksi (dewasa dan kanak-kanak), untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan.
Ramai warganegara menggunakan perkhidmatan kereta api terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Apa Itu Keretapi Tanah Melayu
Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia.
KTMB berkhidmat di lebih 100 stesen di 10 negeri Semenanjung Malaysia dan negara Singapura, di rangkaian landasan keretapi sepanjang 1,677 km. Semua landasan KTMB menggunakan tolok landasan meter (1,000 mm) dan kira-kira 700km landasan tersebut adalah dielektrikkan
Kod Promo Pakej Keluarga Malaysia KTMB
Kod promo Pakej Keluarga Malaysia yang melayakkan menerima diskaun tiken semasa membuat pembelian adalah KMKTMB22.
Kod promo ini boleh digunakan semasa ingin membuat pembayaran untuk menggunakan perkhidmatan tren KTMB yang disediakan.
Terma & Syarat Diskaun
Untuk mendapatkan diskaun ini, terdapat terma dan syarat yang perlu dipatuhi
- Diskaun ini untuk semua perjalanan sehala atau dua hala bagi tarikh perjalanan bermula 14 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
- Diskaun ini layak bagi semua kelas perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran, dan Ekspres Selatan menggunakan kod KMKTMB22.
- Diskaun ini layak bagi pembelian tiket untuk 4 orang dan ke atas sama ada dewasa atau kanak-kanak dalam satu transaksi.
- Diskaun ini boleh digunakan bagi perjalanan pada hari Isnin sehingga hari Ahad.
- Diskaun ini hanya boleh digunakan bagi pembelian tiket di laman sesawang KTMB, aplikasi KTMB Mobile, kaunter tiket, dan TVM.
- Diskaun ini hanya sah digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja.
- Diskaun ini boleh digunakan berulang kali bagi setiap PNR/MyKad (tertakluk kepada tarikh dan tempoh pembelian).
- Diskaun ini tidak layak bagi semua tiket konsesi (warga emas, kad pelajar, OKU, Pesara, dan lain-lain).
- Diskaun ini tidak layak bagi tren perkhidmatan Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Tengah, dan KTM Komuter Utara.
- Pembatalan tiket bagi pembelian menggunakan diskaun ini adalah mengikut terma dan syarat pemulangan tambang sedia ada.
Cara Pembelian Tiket KTMB
Untuk mendapat diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi pembelian tiket, pembelian tiket boleh dibeli menggunakan kaedah berikut:
- Laman sesawang KTMB menerusi https://www.ktmb.com.my/
- Aplikasi KTMB Mobile
- Kaunter tiket
- TVM
Masukkan kod promo yang diberikan sebelum membuat pembayaran menerusi kaedah di atas untuk mendapat diskaun.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai diskaun tiket KTMB menerusi Pakej Keluarga Malaysia, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.
Artikel Lain : Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds