CARA DAFTAR PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA(Cara Dapatkan Telefon Percuma Di Semua Telco)

CARA DAFTAR PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA(Cara Dapatkan Telefon Percuma Di Semua Telco)

CARA DAFTAR PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Pakej Peranti Keluarga Malaysia membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih secara percuma. Tawaran telah dibuka pada 15 oktober 2021.

Mudah, anda boleh order secara online sahaja. Refer link yang saya berikan di bawah untuk setiap Telco yang ada:

Celcom

https://www.celcom.com.my/personal/de

Maxis

https://www.hotlink.com.my/ms/campaig

Digi

https://www.digi.com.my/pakej-keluarg

UMobile

https://www.u.com.my/extras/promotion

Yes

https://www.yes.my/ms/keluargamalaysia/

TM Unifi

https://unifi.com.my/smartdevice/mobile

 

BERMULA HARI INI 15 OKTOBER 2021, para remaja sudah boleh melanggang Pakej Remaja Keluarga Malaysia.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Perant1 Kluarga Malaysia bagi memastikan setiap orang mempunyai akses internet pada kos yang berpatutan.

Dengan tawaran pakej tersebut, bertujuan membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet dan bagi semua terutamanya golongan yang kurang berkemmapuan, peranti pintar yang mampu milik.

 

Tempoh Daftar Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Anda boleh mula mendaftarkan pakej tersebut bermula 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022 selama enam bulan.

 

Pengenalan Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej berbayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Menerusi pakej ini, remaja dan pelajar akan menikmati pakej internet hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (bagi jumlah 90GB).

Artikel Lain : Pakej Unifi 2021

Bagi data 20GB tersebut, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video atau permainan dalam talian atau aktiviti berbentuk hiburan.

Bagi data produktiviti, ia boleh digunakan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

 

Pengenalan Peranti Keluarga Malaysia 

Peranti Keluarga Malaysia pula ialah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan menerusi kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini juga, pengguna akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

Cara Mendaftar Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Cara untuk mendaftar akan diumumkan oleh syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini.

Bagi pengguna yang layak, mereka boleh melanggan kedua-dua pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan Mykad manakala pendaftaran pelajar melebihi 21 tahun adalah menggunakan kad pelajar.

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://www.kkmm.gov.my/.

 

Leave a Comment