PAKEJ UNIFI(Senarai Harga Plan Internet Terbaru)
Persaingan pembekal perkhidmatan internet di Malaysia amat menguntungkan pengguna. Pihak Tm yang merupakan pembekal terbesar amat komited dalam memastikan lebih ramai pelanggan menikmati perkhidmatan jalur lebar unifi dengan menawarkan pelbagai kempen dan promosi menarik kepada orang ramai. Kini Unifi turut menawarkan perkhidmatan pelengkap kepada produk jalur lebar dengan 5G dan teknologi WiFi baharu. Pelbagai usaha yang dilakukan pihak TM agar pengguna dapat menikmati perkhidmatan pakej unifi plan yang setimpal dan berbaloi.
Senarai Plan Pakej Unifi
TM menyediakan pakej yang berbeza mengikut keperluan anda.Setiap lokasi mungkin menikmati tahap kelajuan yang tidak sama, sebagai pelanggan anda boleh memohon tahap kelajuan semaksima mungkin mengikut lokasi anda. Berikut adalah pakej yang boleh anda pilih
- 100Mbps – RM99 sebulan (RM89 sebulan untuk masa terhad)
- 300Mbps – RM139 sebulan
- 500Mbps – RM159 sebulan
- 1Gbps – RM289 sebulan
- 2Gbps – RM319 sebulan
NOTA: Untuk makluman semua pengguna, pakej 30Mbps dan 800Mbps juga tidak lagi ditawarkan lagi dibawah pelan baharu ini.
Cara Memohon Pakej Unifi Plan
Terdapat dua cara memohon pakej yang ditawarkan.
- Cara yang pertama adalah dengan Walk in atau terus ke pejabat TM yang berdekatan Kawasan anda. Jika anda tidak pasti dimana TMpoint, sila layari https://unifi.com.my/support/tmpoint
- Cara yang kedua adalah dengan memohon secara atas talian. Anda boleh memohon menggunakan link ini : https://unifi.com.my/personal/home/fibre-broadband
Pakej Rahmah Unifi
Walaupun kelajuan 30Mbps tidak lagi ditawarkan pada masa akan datang, TM mengatakan mereka akan kekal menawarkan Pakej Rahmah Unifi 30Mbps. Pakej ini ditawarkan kepada komuniti B40, OKU, warga emas dan veteran, pada harga RM69 sebulan.
Pakej Unifi 100Mbps + Unifi Mobile Tanpa Had
TM juga menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps tertumpu yang digabungkan dengan pelan data mudah alih UNI5G Pascabayar Tanpa Had 5G+4G melalui kontrak tiga tahun. Tawaran ini turut disertakan dengan telefon pintar 5G percuma bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima guna dan menikmati keupayaan 5G.
Soalan Lazim (FAQ) Pakej Unifi
Bagaimanakah cara untuk saya menyemak liputan internet di Kawasan rumah saya?
- Sekiranya anda ingin mengetahui Kawasan rumah anda mendapat liputan Unifi, anda boleh merujuk di : https://unifi.com.my/fibre-broadband/check-coverage
Adakah pakej yang ditawarkan beserta dengan kontrak? Berapa lama?
- Pakej yang anda pilih adalah berserta kontrak selama 24 bulan. Anda akan dikenakan penalty sekiranya menamatkan penggunaan sebelum kontrak tamat.
Semoga perkongsian Pakej Unifi ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Artkel LAin : Cara lajukan Internet Telefon