PASTI Online(Cara Daftar  Syarat Kemasukan & Berapa Yuran)

PASTI Online(Cara Daftar  Syarat Kemasukan & Berapa Yuran)

PASTI Online

Ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak anda ke Pasti kini boleh mula membuat pendaftaran.

Pasti menawarkan pengalaman pembelajaran yang menarik dan berbeza dengan pusat asuhan yang lain.

Kami akan membantu anda untuk membuat pendaftaran Pasti secara online dengan mudah.

 

Apa Itu PASTI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.

 

Silibus Pembelajaran PASTI

Antara silibus yang bakal diterapkan pada para murid PASTI adalah seperti berikut :

  • Subjek Fardhu Ain teori dan amali
  • Hafazan surah-surah pendek al Quran
  • Hafal doa-doa harian dan baca hadis-hadis yang mudah
  • Belajar  asas bahasa Arab, Inggeris, Melayu
  • Belajar asas tulisan Jawi & Matematik
  • Praktikal solat & wuduk setiap hari
  • Didikan adab dan cara hidup Islam secara menyeluruh.

Yuran Pasti

Masih terdapat Pasti yang mengekalkan yuran pengajiannya serendah RM15 sebulan terutama di kawasan kampung. Secara purata khasnya sebelah utara yuran pengajian sekitar RM30 hingga RM40. Namun begitu ia berbeza mengikut keadaan setempat dan tanggungan pengurusan Pasti seperti sewa premis dan sebagainya

 

Cara Daftar PASTI Online

Pergi ke pautan www.pastimalaysia.com

  • Klik Pendaftaran Murid (untuk permohonan baharu sahaja).
  • Masukkan KOD PASTI dan klik butang MASUK. (Untuk dapatkan KOD PASTI, ibu bapa boleh rujuk pada kertas info pendaftaran murid baharu. Ibu bapa juga boleh mohon KOD PASTI pada guru PASTI yang ingin didaftarkan anak.)
  • Sebelum mula mengisi borang, pastikan maklumat PASTI yang ingin didaftarkan anak sebagai murid adalah tepat dan betul.
  • Seterusnya, isikan maklumat ibu bapa / penjaga dengan lengkap dan betul.
  • Kemudian, isikan semua Maklumat Pasangan yang dikehendaki.
  • Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat di bahagian tertentu, sila taip ‘TIADA MAKLUMAT’.
  • Klik butang Simpan berwarna hijau di bawah laman setelah semua maklumat diisi.
  • Kemudian, isikan semua Maklumat Murid dengan tepat dan lengkap. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat diisi.

Nota : Pemohon dikehendaki untuk taip semua maklumat dengan HURUF BESAR.

Sila klik butang CETAK untuk dapatkan Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu.

Sekiranya anda ingin menambah pendaftaran anak yang seterusnya, klik butang KEMBALI dan ikuti perkongsian selanjutnya.

Panduan Untuk Tambah Daftar Anak Seterusnya

Nota : Panduan ini hanya terbuka kepada ibu bapa yang ingin tambah permohonan pendaftaran anak kedua dan seterusnya sebagai murid baharu di PASTI yang SAMA.

  • Sila klik butang Daftar Anak untuk mulakan pendaftaran anak yang seterusnya sebagai murid baharu PASTI.
  • Kemudian, teruskan langkah yang sama.
  • Setelah pendaftaran lengkap, cetak Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu dan hantarkan ke PASTI yang dipohon dengan kadar yang segera untuk tujuan pengesahan permohonan.
  • Anda juga boleh hantarkan dalam bentuk gambar melalui aplikasi Whatsapp kepada Pengurus atau Guru Pasti.
  • Setelah pengesahan permohonan diterima, ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk merujuk kepada pihak PASTI berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan pembayaran.

Cara Semak Status Permohonan

  • Untuk semak status permohonan dan kemaskini maklumat, sila pergi ke pautan www.pastimalaysia.com dan isikan nombor MyKid murid (anak yang dipohon).
  • Kemudian, klik pada butang SEMAK STATUS PERMOHONAN berwarna merah.

 

 

Artikel Lain : Cara Daftar Prasekolah 

Leave a Comment