CONTOH FORMAT TEMPLAT PELAPORAN PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)

CONTOH FORMAT TEMPLAT PELAPORAN PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)

TEMPLAT PELAPORAN PBD

Kepada para guru yang ingin menyiapkan pelaporan pentaksiran bilik darjah (PBD), semestinya ingin mencari contoh format. Ini kerana PBD amat penting dalam sistem pendidikan dimana ianya bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid di dalam bilik darjah. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh format templat pelaporan PBD, semoga membantu.


APA ITU PBD

Pentaksiran bilik darjah (PBD) dijalankan adalah bertujuan untuk menilai prestasi murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid di dalam sesuatu topik pembelajaran.

 

OBJEKTIF PBD

Berikut adalah merupakan antara objektif pentaksiran bilik darjah iaitu:

  • Mengenal pasti tahap prestasi murid dalam tempoh tertentu
  • Mengesan peningkatan pencapaian murid secara keseluruhan
  • Mengetahui kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran secara berterusan
  • Mengenal pasti tahap keberkesanan proses PdP guru
  • Guru dapat membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian tentang kaedah pengajaran di dalam kelas
  • Mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid

 

MATA PELAJATAN TERLIBAT PBD

Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM. Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

 

KAEDAH PENILAIAN PBD

Terdapat pelbagai jenis dan kaedah penilaian boleh dilakukan, antaranya ialah:

  • Penilaian formatif
    • Dilaksanakan lebih memfokuskan terhadap keberkesanan proses pengajaran dan tujuan pengajaran dalam P&P. Dengan menjalankan penilaian formatif, guru akan mengetahui samada kaedah pengajaran yang digunakan bersesuaian atau tidak kepada murid. Tahap keberkesanan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh guru dapat dikenal pasti melalui respon atau maklum balas daripada murid-murid di dalam kelas.
  • Penilaian sumatif
    • Dilaksanakan untuk mengetahui dan mengesan prestasi murid-murid di dalam kelas bagi setiap mata pengajaran yang diajar guru. Kebiasaannya, penilaian sumatif ini dilakukan secara formal sewaktu proses PdP. Antara jenis penilaian yang dilakukan ialah penulisan dan ujian lisan bergantung dengan kreativiti guru itu sendiri.

 

CARA PELAKSANAAN PELAPORAN PBD

Berikut adalah merupakan cara pelaksanaan PBD seperti berikut:

  • Pemerhatian
  • Penulisan
  • Lisan
  • Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

NOTA: Pelaporan ini dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

 

TAHAP PENGUASAAN PBD

Kepada murid akan dinilai mengikut tahap penguasaan iaitu:

  • TP1 – Tahu
    • Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.
  • TP2 – Tahu dan Faham
    • Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.
  • TP3 – Tahu, Faham dan Boleh Buat
    • Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
  • TP4 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    • Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
  • TP5 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    • Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi abharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  • TP6 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    • Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif falam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.

 

CONTOH TEMPLAT PELAPORAN PBD

Berikut adalah merupakan contoh templet PBD mengikut tahun:

 

PANDUAN PELAPORAN PBD

Berikut adalah merupakan panduan membuat pelaporan pentaksiran bilik darjah iaitu:

  1. Penilaian akan ditentukan oleh guru
    • Guru kelas atau mata pelajaran akan menilai murid-murid sendiri
  2. Dilaksanakan secara sistematik dan tersusun
    • Guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran, menentukan bahan bantu mengajar
    • Menjalankan proses PBD semasa di dalam kelas
    • Mengumpulkan data dan merekodkan maklumat
    • Menganalisis data yang diterima
    • Mengambil tindakan atau langkah susulan untuk memperbaiki kelemahan
  3. Penilaian formatif dan Sumatif
    • Penilaian akan dilaksanakan secara berterusan
    • Mengetahui tahap perkembangan, peningkatan dan pencapaian murid
    • Pelbagai kaedah penilaian seperti penulisan, pemerhatian dan lisan
  4. Dinilai secara individu
    • Penilaian akan dilaksanakan dan menekankan prestasi murid secara individu bukan secara berkumpulan

 

 

 

Leave a Comment