PENGAMBILAN TUDM TERKINI (Permohonan kerjayadanpengambilantudm.mil.my)

PENGAMBILAN TUDM TERKINI (Permohonan kerjayadanpengambilantudm.mil.my)

Pengambilan TUDM

Bagi yang berminat untuk menyertai TUDM, sila rujuk info pengambilan TUDM selanjutnya di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan.

Tarikh Permohonan TUDM 2022

Pengambilan TUDM mulai 12 Ogos 2022 hingga 23 September 2022.

Pengambilan TUDM

Syarat Kelayakan Pengambilan TUDM 2022

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  3. Penglihatan –
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
  1. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  2. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  3. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

  1. Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  1. Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  1. Indeks Jisim Badan (BMI) :
  2. Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

 

Cara Permohonan Online Pengambilan TUDM 2022

SILA ISI BORANG PERMOHONAN MELALUI AKAUN PEMOHON DI LAMAN SESAWANG

IKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH

  1. Daftar sebagai pemohon di laman web TUDM kerjaya.airforce.mil.my (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota penting:

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  • Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

 

Tarikh Akhir Permohonan TUDM

Permohonan pengambilan TUDM 2022 akan dibuka ( akan dikemaskini) untuk permohonan manakala tarikh tutup permohonan pengambilan TUDM adalah seperti berikut:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : akan dikemaskini

 

Maklumat Lanjut Tentang Pengambilam TUDM 2022

Sebarang pertanyaan tentang Pengambilan TUDM sila hubungi :

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM

No. Tel: 013-6893814

Hari : Isnin – Jumaat

Masa : 9.00pg – 4.00ptg

Laman web: kerjaya.airforce.mil.my

Artikel lain : Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2022

4 thoughts on “PENGAMBILAN TUDM TERKINI (Permohonan kerjayadanpengambilantudm.mil.my)”

Leave a Comment