PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 ONE-OFF 2021(Senarai Opsyen & Bidang Diperlukan)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi tahun 2021.
Untuk makluman, SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang bertanggungjawab bagi permohonan jawatan PPP Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut SPP, permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off ini akan melibatkan sebanyak 47 opsyen ditawarkan kepada pemohon yang berminat yang akan melibatkan seramai mengambil 18,702 pegawai yang bakal dilantik.
Permohonan telah dibuka secara atas talian bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 iaitu sebelum jam 11.59 malam.
Baca Juga:CONTOH SOALAN JAWAPAN MUET:FORMAT TERKINI 2021(Speaking Reading Listening & Writing)
Senarai Opsyen & Bidang
Senarai opsyen dan bidang yang terlibat dan dibuka kepada pemohon adalah seperti berikut:
Bil | Opsyen | Bidang |
1. | BAHASA CINA (Semenanjung | Klik Di SINI |
2. | BAHASA IBAN (Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
3. | BAHASA INGGERIS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
4. | BAHASA KADAZAN / DUSUN (Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
5. | BAHASA MELAYU (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
6. | BAHASA SEMAI (Semenanjung) | Klik Di SINI |
7. | BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
8. | DINI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
9. | GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
10. | MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
11. | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
12. | PENDIDIKAN ISLAM (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
13. | PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
14. | PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
15. | PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
16. | PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
17. | REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
18. | REKA CIPTA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
19. | SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
20. | TAHFIZ (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
21. | AGROINDUSTRI TANAMAN (Semenanjung dan Sabah) | Klik Di SINI |
22. | AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (Semenanjung dan Sabah) | Klik Di SINI |
23. | AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (Semenanjung dan Sabah) | Klik Di SINI |
24. | AKUAKULTUR (Semenanjung dan Sabah) | Klik Di SINI |
25. | BAKERI DAN PASTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
26. | BIOTEKNOLOGI (Semenanjung) | Klik Di SINI |
27. | FLORIKULTUR (Semenanjung) | Klik Di SINI |
28. | HORTIKULTUR (Semenanjung) | Klik Di SINI |
29. | INSURANS (Semenanjung) | Klik Di SINI |
30. | KOSMETOLOGI (Semenanjung dan Sarawak) | Klik Di SINI |
31. | PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN (Semenanjung) | Klik Di SINI |
32. | PENGURUSAN PERUNCITAN (Semenanjung) | Klik Di SINI |
33. | SENI KULINARI (Semenanjung dan Sarawak) | Klik Di SINI |
34. | SENI REKA FESYEN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
35. | SENIBINA LANDSKAP (Semenanjung) | Klik Di SINI |
36. | TEKNOLOGI AUTOMOTIF (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
37. | TEKNOLOGI ELEKTRIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
38. | TEKNOLOGI ELEKTRONIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
39. | TEKNOLOGI ENJIN MARIN (Semenanjung) | Klik Di SINI |
40. | TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM) (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
41. | TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (Semenanjung) | Klik Di SINI |
42. | TEKNOLOGI PEMBINAAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
43. | TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT (Semenanjung) | Klik Di SINI |
44. | TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
45. | TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA (Semenanjung dan Sarawak) | Klik Di SINI |
46. | TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) | Klik Di SINI |
Baca Di Sini: CARA DAFTAR MySPP 2021:PERMOHONAN PENGAMBILAN GURU ONE-OFF DG41
Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
Pemohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat lantikan iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Pemohon perlu memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Baca Juga: IKHTISASS SMART SELANGOR STDC:PERMOHONAN TAJAAN YURAN PENGAJIAN 10 KURSUS TVET
Cara Memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
Untuk membuat permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik pada bahagian ‘Maklumat Pemohon’ dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
- Klik pada bahagian ‘Maklumat Akademik’ dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Isikan bahagian maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ jika berkaitan.
- Klik pada bahagian ‘Maklumat Tambahan’ dan isi butiran dengan lengkap.
- Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’ dan sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/Lain”.
- Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’. Pemohon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja.
- Pilih Pusat Temuduga atau Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
- Jika pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang Hantar.
- Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan cetak slip tersebut sebagai rujukan.
Baca Juga: E-LEMBAGA PEPERIKSAAN:PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN & SEMAK SEMULA STATUS
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off ini, sila hubungi:
Urusan Pengambilan:03-8893 4019/4020
Urusan Teknikal: 03-8893 4021/4022
Melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/