PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK KPM(Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4 5 6)

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK KPM(Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4 5 6)

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK KPM

Konsep Pentaksiran psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. KPM telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh soalan ujian, semoga membantu.

 

APA ITU PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK KPM

Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi. Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian untuk memberi maklumat tentang kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis & Crozier, 1999).

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini merujuk aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Selain tret personaliti atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

 

TUJUAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan bertujuan untuk:

  • Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir;
  • Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan;
  • Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid;
  • Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik;
  • Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu; dan
  • Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan
  • aspirasi kerjaya murid.

 

ELEMEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran Psikometrik terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

AptitudSecara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.
PersonalitiInstrumen personaliti dilaksanakan kepada murid bertujuan untuk murid mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri; ibu bapa mengenal pasti personaliti anak; murid merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti; guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid.
KerjayaInventori Minat Kerjaya (IMK) dilaksanakan kepada murid tingkatan satu, tiga

dan lima di sekolah menengah bermatlamatkan murid tahun tentang minat, personaliti dan hala tuju kerjaya semasa persekolahan selepas tamat persekolahan.

 

CONTOH SOALAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK KPM

Berikut adalah merupakan contoh soalan bagi setia elimen iaitu:

Contoh Soalan Aptitud

  • Aptitud AM (Tahun 4):
    • Aptitud AM adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi.
    • Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
  • Aptitud khas (Tahun 5, Tahun 6 & Tingkatan 3)
    • Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang.
    • Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.
    • Hasil pentaksiran ini juga boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kecenderungan murid.
    • Instrumen Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut: Verbal Linguistik, Visual Ruang, Logik Matematik, Muzik, Naturalis, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal dan Eksistensial.

Contoh Ujian Personaliti

Inventori Tret Personaliti yang dibangun oleh KPM mempunyai 15 kontruk iaitu:

  1. Autonomi
  2. Kreatif
  3. Agresif
  4. Ekstrovert
  5. Pencapaian
  6. Kepelbagaian
  7. Intelektual
  8. Kepimpinan
  9. Struktur
  10. Resilien
  11. Menolong
  12. Analitikal
  13. Kritik diri
  14. Wawasan
  15. Ketelusan

Contoh Ujian Kerjaya

Murid akan dideahkan dengan enam kod mata Holland yang dominan dengan diri mereka. Enam mata Holland tersebut ialah;

  • Realistik
  • Investigatif
  • Artistik
  • Sosial
  • Enterprising
  • Konvensional

IMK dimulakan dengan mentadbir pentaksiran, pengiraan skor, mentaksir skor dan membuat intervensi terhadap murid yang menghadapi isu pemilihan bidang kerjaya yang sesuai dengan personaliti, minat, nilai serta pencapaian murid.

Pemilihan kerjaya merupakan satu proses yang kompleks dan murid perlukan maklumat, bimbingan serta motivasi yang mencukupi agar dapat membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dan memberikan kepuasan diri kepada mereka dengan bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pentaksiran Psikometrik KPM, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK KPM(Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4 5 6)”

  1. Assalamualaikum tuan, macamana saya hendak dapatkan panduan contoh evidens SKMPg2 ini? boleh tuan emel kepada saya. saya Puan Haslina su SKMPg2 dari Sek Keb Kampung Jawa 2 Klang.

    Balas

Leave a Comment