PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MedEx SESI 1 2023 ONLINE
Perhatian kepada para siswazah perubatan, anda kini boleh mula membuat pendaftarn peperiksaan MedEx bagi yang berminat. Ini adalah peluang untuk anda menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran. Disini kami akan menyediakan beberapa info penting berkenaan pendaftaran peperiksaan tersebut, semoga membantu
Apa Itu Peperiksaan MedEx
Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEX) merupakan peper1ksaan yang diwujudkan oleh Majlis Dekan Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh Majlis Peper1ksaan Malaysia (MPM) di bawah Akta 225.
Peperiksaan ini berfungsi sebagai salah satu kriteria saringan untuk memilih calon yang akan menyertai latihan pakar klinikal Universiti Awam (UA) di Malaysia.
Tarikh Penting Peperiksaan MedEx
Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting exam MedEX bagi sesi 1 2023 iaitu
Tarikh Pendaftaran Peperiksaan
- Pendaftaran telah dibuka mulai 07 Februari 2023 (Selasa) sehingga tarikh tutup pendaftaran iaitu 31 Mac 2023 (Jumaat).
Tarikh Peperiksaan
- Kepada calon yang telah mendaftar, peperiksaan ini adakan dijalankan adalah pada 18 Mei 2023 (Khamis).
Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan
- Calon boleh menyemak keputusan pada 14 Jun 2023 (Rabu).
Yuran Pendaftaran Peperiksaan MedEx
Yuran pendaftaran yang dikenakan bagi individu yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah RM800.
Tempoh Sah Laku Sijil MedEx
Individu yang berjaya dalam peperiksaan ini akan mendapat sijil yang mana tempoh sah laku sijil adalah 3 hingga 5 tahun.
Bidang Yang Ditawarkan
Bidang yang ditawarkan bagi peperiksaan sesi Sesi 1 2023 ini adalah seperti berikut:
- Paediatrics (400/14)
- Obstetrics and Gynaecology (400/15)
- Ophthalmology (400/19)
Semakan Kelayakan Keputusan
Keputusan peperiksaan ini tidak menggunakan keputusan Lulus atau Gagal tetapi diberikan mengikut Band iaitu Band 1 hingga 6, sama seperti peperiksaan MUET
Cara Pendaftaran Peperiksaan MedEx
Untuk mendaftar peperiksaan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web iaitu http://apps.mpm.edu.my/medex/public/register.
- Pada bahagian ‘Online Test’ klik butang ‘Select.’
- Isi butiran yang diperlukan.
- Muat naik gambar mengikut arahan yang ditetapkan.
- Klik butang ‘Proceed for Payment.’
- Buat pembayaran.
Maklumat &Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai peperiksaan ini, sila hubungi MPM di talian 03-61261634/1745 atau menghantar email ke alamat [email protected].
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain: