PERMOHONAN ALAM ONLINE 2024:SEMAKAN STATUS(AKADEMI LAUT MALAYSIA)

PERMOHONAN ALAM ONLINE SEMAKAN STATUS(AKADEMI LAUT MALAYSIA)

PERMOHONAN ALAM ONLINE 2024SEMAKAN STATUS(AKADEMI LAUT MALAYSIA)

 

Permohonan Akademi Laut Malaysia  alam Online Pengambilan Kadet (ALAM). Anda berminat kerjaya di laut? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Akademi Laut Malaysia (ALAM). Untuk makluman, permohonan kemasukan ALAM ambilan bagi program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia bakal dibuka secara online.

Akademi Laut Malaysia atau ringkasnya ALAM adalah merupakan sebuah akademi latihan maritim Malaysia yang melahirkan 90% daripada pelaut negara ini. Kampus utama dan tempat training terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka.

 

 

Apa Itu Alam

ALAM adalah akademi latihan maritim terkemuka di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1977, ALAM telah melatih lebih daripada ribuan profesional maritim untuk operasi darat dan luar pesisir. Pusat akademi dan latihan seluas 67 ekar ini terletak di sebuah kampus di Melaka, menghadap ke Selat Melaka yang sibuk.

Kemudahan pembelajaran, asrama, dan ruang makan komunal kami yang lengkap dirancang dengan mempertimbangkan pelajar. Dengan bilik darjah, bengkel dan pusat simulasi yang maju, ALAM komited untuk memberi anda setiap peluang untuk mencapai potensi penuh anda – profesional, intelektual dan sosial.

 

Permohonan Akademi Laut Malaysia 2023 Online Pengambilan Kadet (ALAM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Akademi Laut Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : akan dikemaskini

 

 

Program Pengajian Dan Syarat Kemasukan Permohonan ALAM

Berikut adalah maklumat program pengajian yang ditawarkan dan syarat kemasukan untuk keduadua program Diploma iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin bagi tahun 2021.

A) Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

  • SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
  • Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  • Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia 18 tahun hingga 25 tahun
  • Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  • Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  • Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak rabun warna
  • Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual

B) Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

  • SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan
  • Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  • Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia dari 18 tahun sehingga 25 tahun
  • Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  • Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  • Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak rabun warna
  • Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa

 

Cara Permohonan ALAM 2023 Online

  1. Pemohon Permohonan ALAM Online perlu layari laman web rasmi ALAM: http://www.alam.edu.my/
  2. Untuk Permohonan ALAM Online baru, anda perlu daftar pada butang ‘Register Now’.
  3. Login ke portal dan anda perlu mengisi Cadetship Application Form.
  4. Lengkapkan pada bahagian My Qualification dan tekan pada butang Submit.

 

Nota : Hanya calon Permohonan ALAM Online yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga dan ujian bertulis.

 

Semakan Status ALAM Akademi Laut Malaysia 2023 Online

*Akan dikemaskini

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan tentang Permohonan ALAM Online, sila hubungi:

Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Batu 30 Kampung Tanjung Dahan

78200 Kuala Sungai Baru

Melaka

No. Tel: 06 – 3882307

Web: http://www.alam.edu.my

 

Artikel Lain

myresultspm.moe.gov.my (Check Result SPM 2022 Semak Keputusan Online)

1 thought on “PERMOHONAN ALAM ONLINE 2024:SEMAKAN STATUS(AKADEMI LAUT MALAYSIA)”

Leave a Comment