Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Biasiswa Yang Dipertuan Agong

 

Kepada pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D), sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 telah dibuka.

 

 

Apa Itu BYDPA

Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) adalah biasiswa yang dibuka setiap tahun yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam pasca siswazah yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Tarikh Permohonan BYDPA

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2024 boleh dibuat mulai 4 Mac 2024 (Isnin) sehingga 5 April 2024 (Jumaat)

 

Calon Yang Diutamakan Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong

Pihak JPA memaklumkan bahawa calon-calon yang diutamakan dalam permohonan BYDPA 2021 adalah seperti berikut:

  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.
  • Pelajar tersebut telah menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni, teknologi, dan sebagainya.
  • Pelajar tersebut mahir lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

 

Bidang Yang Ditawarkan BYDPA

Pelajar yang menyambung pengajian dalam berikut layak untuk membuat permohonan BYDPA:

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

 

Senarai IPT Yang Layak Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong

Pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut layak untuk memohon BYDPA iaitu:

  1. Bidang Sains dan Teknologi/Ekonomi/Undang-Undang
    • Universiti Malaya (UM)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. Bidang Kewangan Islam
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
    • Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
    • Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
    • Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

 

Syarat Permohonan BYDPA

Berikut adalah merupakan syarat umum bagi permohonan biasiswa ni iaitu:

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 35 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  • Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga
  • JPA berkata penerima BYDPA adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun.
  • Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan

 

Syarat Khusus BYDPA

Selain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
    • jazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.
  2.  Pelajar telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
  3. Untuk pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
  4. Pelajar terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    • Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
    • Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
  5.  Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.

 

Cara Memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong

Kepada calon yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan BYDPA, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari portal rasmi Perbangunan Modal Insan JPA: http://esilav2.jpa.gov.my
  2. Seterusnya buat permohonan anda.
  3. Kemudian, muat turun borang permohonan selepas selesai membuat permohonan.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
    • Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

 

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dihantar bersama-sama borang permohonan iaitu:

  • Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).
  • Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
  • Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
  • Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
  • Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.

 

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021, sila hubungi

 

ARTIKEL LAIN

Cara Kira Merit UPU Kemasukan Ke UA/IPTA (Lepasan SPM / STPM)

2 thoughts on “Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)”

Leave a Comment