PLK-i PTPK(Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran Tanpa Faedah 12 Bulan)

PLK-i PTPK(Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran Tanpa Faedah 12 Bulan)

PLK-i PTPK

Kementerian Sumber Manusia meminta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah menawarkan pinjaman tanpa faedah selama 12 bulan kepada pelajar yang ingin mengikuti progam latihan kemahiran yang disediakan. Ini secara tidak langsung dapat membantu kos pengajian para pelajar.Kami akan menyediakan panduan ringkas berkenaan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) yang baru dilancarkan oleh PTPK tersebut.

Apa Itu Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)PTPK

Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) yang baharu dilancarkan bukan berasaskan keuntungan sepertimana institusi kewangan lain. Produk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) itu bertujuan membantu meringankan pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran.

PLK-i ini bukan program untuk orang Islam, semua kaum pun boleh buat pinjaman ini. Ia hanya berkonsepkan Islamik sahaja

PTPK merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memainkan peranan penting untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan.

Pelaksanaan program pinjaman ini oleh PTPK adalah untuk mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.

Pelaksanaan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-iPTPK)

Program pinjaman latihan yang dilancarkan tersebut akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 bagi fasa pertama.

Ini bermakna, PTPK tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun pinjaman konvensional selama 12 bulan.

Ini sekali gus akan mengurangkan beban peminjam kerana peminjam tidak perlu membayar faedah pinjaman untuk 12 bulan pertama.

Pelaksanaan inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada remaja dan belia untuk memasuki program TVET dan akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan.

Pinjaman Untuk Semua

Untuk makluman juga, PLK-i tidak terhad kepada orang Islam sahaja bahkan turut dibuka kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan inisiatif ini.

Ini bermakna, semua individu tanpa mengira kaum dan agama adalah layak untuk mendapatkan inisiatif ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif pinjaman latihan ini, sila layari laman web PTPK iaitu https://www.ptpk.gov.my/.

Artikel lain : Permohonan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan

Leave a Comment