Permohonan Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang

Permohonan Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang

Bayaran Pinjaman Yayasan Pahang

 

Berita gembira buat peminjam pinjaman pendidikan Yayasan Pahang, anda kini bakal menikmati diskaun sebanyak 40%. Langkah ini dapat membantu para peminjam untuk menyelesaikan pinjaman dengan lebih murah.

Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik kepada peminjam-peminjam bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Yayas4n Pahang (1982 – 2022)

Apa Itu Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Pinjaman pendidikan ini disediakan oleh pihak Yayasan Pahang. Ia bertujuan untuk meringankan beban pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Tarikh Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Pembayaran pinjaman tersebut boleh dilakukan sepanjang tahun, namun diskaun 40%  akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

 Bayaran Pinjaman Yayasan Pahang

Cara Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Pembayaran balik pinjaman pendidikan ini adalah sangat penting bagi Yayasan Pahang untuk menjana semula pendapatan bagi meluaskan lagi aktiviti-aktiviti pendidikan termasuk tajaan kepada pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga ke peringkat tertinggi; meningkatkan pemberian Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR); meningkatkan pembiayaan program-program kecemerlangan, kebajikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Untuk pembayaran secara online melalui FPX di SISPEN, sila klik pautan ini: https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Untuk pembayaran secara online melalui FPX di SISPEN, sila klik pautan ini: https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Kaedah Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Secara Tunai

Pembayaran boleh dibuat di kaunter bayaran balik seperti berikut:

  1. Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
    (Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
  2. Kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan.
    (Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum)

Kaedah Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Secara Potongan Gaji

Mengisi Borang Potongan Gaji dan dikembalikan ke YP untuk urusan pemotongan gaji kepada majikan.

Tuan/Puan dinasihatkan supaya TIDAK MEMBUAT BAYARAN melalui kaedah berikut bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti oleh Yayasan Pahang

1. Bayaran melalui Kaunter Perkhidmatan Bank;
2. Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM)

Cara Semakan Penyata Pinjaman Yayasan Pahang

Penyata pinjaman dan jadual bayaran balik boleh diperolehi secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Pahang https://www.yp.org.my atau terus ke pautan https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Sejak penubuhan Yayasan Pahang pada 1982 hingga tahun lalu, sebanyak RM1.4 bilion telah disediakan untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1,684,000 penerima di seluruh Pahang,” katanya.

Info Lanjut

Tuan/Puan dikehendaki menghubungi Unit Kredit bagi sebarang urusan kemaskini maklumat berkaitan alamat surat menyurat dan nombor telefon. Berikut senarai nama pegawai-pegawai yang menguruskan kutipan bayaran balik bagi peminjam-peminjam Yayasan Pahang.

Sebarang kesulitan tuan/puan boleh berhubung terus melalui talian 09-5181800 / 09-5181885 / 09-5181886/ 09-5181882 / 09-5181883 / 09-5181898 / 09-5181820.

Artikel lain : Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2022

Leave a Comment