PERMOHONAN MAKTAB MAHMUD 2024(Syarat & Yuran)

PERMOHONAN MAKTAB MAHMUD 2024(Syarat & Yuran)

PERMOHONAN MAKTAB MAHMUD

Kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah agama Maktab Mahmud bagi sesi kemasukkan tahun 2024, kini permohonan telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada and acara membuat permohonan serta syarat kelayakan yang ditetapkan, semoga membantu.

 

APA ITU MAKTAB MAHMUD

Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sini. Kini, telah terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud seluruh Kedah. Lokasi asalnya di Alor Star, Kedah. Motonya ialah ‘Al-Ilmu Nur’.

 

LOKASI MAKTAB MAHMUD

Berikut adalah merupakan lokasi sekolah maktab Mahmud iaitu:

Maktab Mahmud Alor Setar
Persiaran Sultan Abd.Hamid
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Yan
Kg. Acheh
06900 Yan
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Langkawi
Ulu Melaka
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Bandar Baharu
Bukit Apeng, Lubuk Buntar
09800 Serdang
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Padang Terap
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Pendang
Kg. Penyarum, Mukim Tobiar
06700 Pendang
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Baling
Batu 48 Jalan Weng
09100 Baling
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Kulim
09400 Padang Serai
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Merbok
Jln Batu Hampar
08100 Bedong
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Sik
Batu 8 Sik
08200 Sik
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Kuala Muda
Bukit Meriam 08500
Kota Kuala Muda
Kedah Darul Aman
Maktab Mahmud Pokok Sena
06500 Langgar
Kedah Darul Aman

 

SYARAT KELAYAKAN MAKTAB MAHMUD

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi setiap katagori permohonan iaitu:

Syarat kemasukan tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia.
  • Mencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 bagi EMPAT mata pelajaran dan TP3 bagi lain-lain mata pelajaran.
  • Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan Satu Maktab Mahmud.
  • Lulus Ujian Bertulis DAN Ujian Membaca Al-Quran Maktab Mahmud.
  • Bergantung kepada kekosongan tempat belajar.
Syarat kemasukan bagi tingkatan 4 dan 5
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 65% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
  • Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  • Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab, Sains dan Matematik (UASA/PAT).
  • Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT)

 

KADAR YURAN MAKTAB MAHMUD

Kadar yuran adalah mungkin tertakluk kepada keadaan semasa. Untuk menegtahui kadar yuran terkini anda boleh merujuk kepada facebook rasmi Maktab Mahmud

 

TARIKH PERMOHONAN MAKTAB MAHMUD

Berikut adalah merupakan tempoh permohonan kemasukan Maktab Mahmud bagi tahun 2024 iaitu:

  • Tingkat 1: Akan dikemaskini
  • Tingkat 4: Akan dikemaskini

 

CARA DAFTAR MAKTAB MAHMUD ONLINE

Kepada ibu bapa yang berminta untuk menghantar anak ke Maktab Mahmud, berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendaftaran iaitu:

  1. Bagi permohonan baharu, pemohon perlu membeli no pin terlebih dahulu yang dibeli dengan menggunakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berjumlah RM10.00. Pembelian pin ini boleh dibeli di:
    • Maahad Tahfiz Darul Aman, Kulim
    • Pejabat Lembaga Maktab Mahmud, Alor Setar
  2. Seterusnya layari pautan e-Permohonan Pelajar Maktab Mahmud
  3. Pada paparan utama, klik pada Pendaftaran Akaun Baharu
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tersedia dengan lengkap beserta masukkan Nombor Pin yang telah dibeli
  5. Setelah lengkap, klik butang Daftar

 

CARA PERMOHONAN MAKTAB MAHMUD ONLINE

Setelah selesai membuat pendaftaran akaun, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu:

  1. Layari pautan e-Permohonan Pelajar Maktab Mahmud
  2. Pada paparan utama, klik pada Maktab Mahmud Kedah Darul Aman
  3. Log masuk ke akaun anda
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tersedia dengan lengkap seperti:
    • Maklumat Pelajar
    • Maklumat Ibu Bapa / Penjaga
  5. Setelah lengkap, klik butang Simpan > Seterusnya
  6. Isikan segala maklumat yang diminta seperti Mata Pelajaran, Gred dan sebagainya sehingga selesai.

NOTA: Permohonan tidak akan diproses dan terbatal sekiranya tidak lengkap.

 

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2024/2025

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 di Maktab Mahmud Alor Setar dan Maktab Mahmud Pokok Sena kini dibuka untuk pelajar yang ingin mengejar pendidikan menengah atas. Artikel ini memberikan gambaran tentang keistimewaan yang ditawarkan, syarat kemasukan, serta tatacara permohonan yang perlu dipatuhi oleh calon pelajar.

 

Keistimewaan Tingkatan 6 di Maktab Mahmud

 

  1. Silibus STAM dan Al Azhar:
    • Silibus berasaskan STAM dan Al Azhar, menawarkan pelajar pendidikan yang mantap.
    • Mata pelajaran Bahasa Arab diterima dari Maahad Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir.
  2. Peluang Setaraf dengan STPM:
    • STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
    • Sijil STAM membolehkan peluang kerjaya, termasuk memasuki Universiti Al-Azhar dan universiti setaraf di Timur Tengah.
    • Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti dalam negara.
  3. Guru Pakar dan Berpengalaman:
    • Guru-guru pakar berpengalaman dalam STAM dengan kelulusan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Syarat Kemasukan: Pelajar yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan, antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan memperoleh pangkat Jayyid.
  • Lulus semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan kepujian dalam mata pelajaran Al-Lughah Al-‘Arabiah Al- Muasirah dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Tidak mempunyai rekod salahlaku displin.

 

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud

Pelajar yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi Maktab Mahmud: https://www.lmm.gov.my/. Borang permohonan boleh dimuat turun di bahagian “Muat Turun” laman web tersebut. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan dihantar ke sekolah pilihan.

Permohonan perlu dikembalikan tidak melebihi tarikh akhir pada 7 Mac 2024.

Keterangan Lanjut: Untuk maklumat tambahan atau pertanyaan berkenaan kemasukan ke Tingkatan 6 di Maktab Mahmud, sila hubungi talian 04-7728973 atau 04-7717552.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Maktab Mahmud, anda boleh melayari portal rasminya di pautan www.lmm.gov.my

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment