PERMOHONAN ONLINE ASASI MARA: SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ MARA (KM) SESI 2023/2024
Perhatian kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan, anda dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional Mara (KPM) Sesi 2023/2024 pengambilan Julai. Anda boleh membuat permohonan secara online asasi mara.
Anda juga boleh membuat permohonan untuk Program Asasi Kolej Mara Sesi 2023/2024 bagi yang layak.
Tarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA 2023
Akan dikemaskini untuk tahun 2023
Permohonan telah dibuka mulai 22 FEBRUARI 2022 sehingga 30 JUN 2022.
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Dan Rayuan
Dijangka bermula 1 Julai 2022
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
- Berumur 18 sehingga 35 tahun;
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kemudahan Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional Mara
- Kemudahan penginapan asrama
- Pemberian Elaun Sara Hidup
- Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
- Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
Cara Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)
Permohonan dibuka secara dalam talian & percuma, sila klik pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.
Maklumat Lanjut
Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut
- GARIS PANDUAN KEMASUKAN Layari https://apponline.mara.gov.my/…/GarisPanduan022022.pdf.
- SOALAN LAZIM https://apponline.mara.gov.my/upimonline/Syarat/QS022022.pdf
- WhatsApp: wassap.my/601158521184
- Emel: [email protected]
- Facebook : https://www.facebook.com/hiedumara
- Twitter : https://twitter.com/Hi_EduMARA
- Instagram :https://www.instagram.com/hiedumara/
- Telegram : https://t.me/s/hiedumara
Baca Juga: MYKASIH:PERMOHONAN & KELAYAKAN BANTUAN BARANG MAKANAN (CASHLESS)