Semakan Keputusan Penajaan Biasiswa JPA(esilav2.jpa.gov.my)

Semakan Keputusan Penajaan Biasiswa JPA(esilav2.jpa.gov.my)

Semakan esilav2.jpa.gov.my

Kepada anda yang membuat Permohonan PIDN JPA Program Ijazah Dalam Negara 2024, anda kini boleh membuat semakan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan secara online menerusi esilav2.jpa.gov.my, semoga membantu.

 

Apa Itu Permohonan PIDN JPA 2023

Permohonan PIDN JPA adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).

 

Syarat Umum PIDN JPA

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

 

Syarat Khusus PIDN JPA

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau

(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau

(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan

(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk
semester terkini / semasa

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan

(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

2.2 Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.

Bidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

2.3 Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

 

Program Penajaa PIDN JPA

Berikut adalah merupakan program dibawah tajaan PIDN JPA iaitu:

Program Penajaan Nasional (PPN)Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2023 merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan.
Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)Program Khas LSPM Tahun 2023 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)JPA menawarkan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

 

Tarikh Permohonan PIDN JPA 2023

permohonan PIDN boleh dibuat mulai 20 Mac 2023 sehingga 2 April 2023 secara atas talian, syarat & maklumat lanjut di eSila JPA

 

Cara Permohonan PIDN JPA

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara  PIDN JPA dibuka secara atas talian di Portal JPA.

  1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) eSila JPA
  2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Nota: Permohonan yang diterima selepas tarikh tutp permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau eSila JPA

 

Tarikh Semakan Keputusan PIDN JPA 2023 (esilav2.jpa.gov.my)

Semakan Keputusan Penajaan Jpa Tahun 2023 Bagi Program Berikut Boleh Dibuat Mulai 4 Ogos2023 (10.00 malam) hingga 7 Ogos 2023 (12.00 tengah hari) a:

  • Program Penajaan Nasional 2023 (PPN)
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023 (LSPM)
  • Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman 2023 (JKPJ)

 

Cara Semakan Keputusan PIDN JPA 2023 (esilav2.jpa.gov.my)

Sila klik di pautan berikut untuk semakan:

 

Soalan Lazim (FAQ) PIDN JPA

Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA PIDN JPA menggunakan ePermohonan?

  • Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

 Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

  • Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.

Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan, bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut?

  • Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.

Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran?

  • Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan

Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?

  • Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.

 

Maklumat Lanjut Semakan esilav2.jpa.gov.my

Maklumat lanjut sila rujuk Saluran pertanyaan:

  • Talian Call Centre : 03- 8885 3297
  • Emel : [email protected]
  • Hubungi : Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Awal IPTA Pusat Zakat

Leave a Comment