PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK 2022

PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK 2022

PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS

 

Perhatian kepada murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2021 permohonan sekolah khusus PKSK. Pelanjutan tarikh permohonan kemasukan murid dan tarikh semakan pusat bagi Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) Kementerian Pendidikan Tahun 2022.

INFO TERKINI 4/1/2022

Tarikh Semakan PKSK

Tarikh semakan pusat ujian PKSK bermula pada 7 Januari 2022.

Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan PKSK 2021 / 2022.

Jenis sekolah khusus:
1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
4. Kolej Vokasional (KV)
5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

Tarikh Menduduki PKSK

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1 : 17-27 Januari 2022
  • Tingkatan 4 : 7-17 Februari 2022

Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4 Mulai 7 Januari 2022

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

Keputusan PKSK

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

PKSK

PKSK

Semakan Pusat PKSK

Semakan pusat PKSK boleh dibuat melalui URL berikut:

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4/Tahun 1 KV: https://spskt4.moe.gov.my/

 

pksk

 

Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah baharu bagi permohonan sekolah khusus PKSK melalui single-entry point. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah perkongsian berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2021 termasuk semakan PKSK Online.

Untuk makluman, Sekolah Khusus KPM adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menempatkan diri di salah satu Sekolah Khusus KPM hendaklah memohon melalui cara-cara permohonan yang dikongsikan di bawah. Tambahan pula, satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat pada Oktober 2020 digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Baca Juga: APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 PKSK Online

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem inimelibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

TERKINI: KPM telah mengadakan sidang media pada 10 November 2020, mengumumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dipinda pada tarikh 20 hingga 29 Januari 2021 bagi kemasukan Tingkatan 1. Manakala pentaksiran bagi kemasukan Tingkatan 4 ditunda dan dilaksanakan pada 15 hingga 25 Februari 2021. Keputusan pentaksiran bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 17 Mac 2021 dan bagi Tingkatan 4 akan diumumkan pada 5 April 2021.

Di bawah adalah maklumat seperti tarikh-tarikh penting dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Khusus 2021 PKSK Online serta berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk rujukan semua. Tarikh Penting Permohonan & Semakan PKSK 2021

Baca Juga: LOG MASUK EPRESTASI KPM:CARA LAKSANAKAN PBPPP DI SEKOLAH

TARIKH PENTING PERMOHONAN & SEMAKAN PKSK 2021

permohonan sekolah khusus PKSK

Baca juga: LAPTOP TABLET PERCUMA:SEMAKAN KELAYAKAN MURID B40

Pautan Borang Online Sekolah Khusus

Seperti yang dinyatakan oleh KPM, pelajar yang ingin membuat permohonanm kemasukan ke Sekolah Khusus KPM bagi ambilan tahun 2021 perlu memohon melalui satu applikasi yang sama seperti di pautan https di bawah:

Semasa membuat permohonan, pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid (sama seperti APDM) dan nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memasuki sistem. Hal ini supaya padanan dapat dibuat oleh sistem dengan maklumat murid yang terdapat dalam pangkalan data murid APDM.

Selain itu, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah sama ada SBP, SMKA, SMT, KV atau MTD, jenis aliran, pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan dan pusat pentaksiran pilihan. Beberapa butiran lain yang perlu didaftarkan bagi memohon dan menduduki PKSK secara berpusat bagi kemasukan Tingkatan 1 2021 serta lepasan pelajar Tingkatan 3 2020 yang layak memohon setelah PT3 dibatalkan.

permohonan sekolah khusus PKSK

Baca Juga: JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK KAFA 2020 & 2021

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.

Berikut merupakan format PKSK untuk rujukan pelajar:

  1. Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).
  2. Bahagian A akan dilakukan secara dalam talian menggunakan item objektif aneka pilihan dan mempunyai wajaran skor sebanyak 20%.
  3. Bahagian B juga akan dilakukan secara dalam talian dan menggunakan item objektif aneka pilihan serta mempunyai wajaran skor 70 %. Bahagian ini mencakupi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
  4. Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%.
  5. Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Baca Juga: REGISTER DARJAH SATU SECARA ONLINE:CARA DAFTAR TAHUN 1 2022/2023

Semakan Pusat PKSK1 & 4

Semakan Pusat PKSK bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat bermula 8 Januari 2021 di sistem permohonan sekolah khusus.

Pelajar diingatkan supaya semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan yang dinyatakan diatas dan patuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semakan status PKSK akan dilaksanakan adalah mustahak kerana tiada ujian ulangan. Di bawah adalah Jadual Sesi Pentaksiran Sekolah Khusus PKSK yang ditetapkan oleh KPM:

permohonan sekolah khusus PKSK

Sila bawa bersama kad pengenalan, slip dan alat tulis serta berpakaian seragam sekolah lengkap ketika menghadiri pentaksiran. Pastikan juga pelajar dalam keadaan sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.

Semakan Keputusan Sekolah Khusus

Sekiranya pelajar berkelayakan dan terpilih untuk mendapat tempat di salah satu sekolah khusus yang dimohon, pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan di:

  1. Bermula 12 Mac 2021

2.Bermula pada 5 April 2021

 

Baca Juga: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK:BANTUAN KEPADA MAHASISWA 2021

Rayuan Permohonan Sekolah Khusus PKSK

Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan boleh membuat rayuan pada aplikasi yang sama untuk membuat semakan tawaran mengikut tarikh berikut:

  1. Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 1 dibuka pada 15 hingga 29 Januari 2021 tarikh yang akan dikemaskini
  2. Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 4 dibuka pada 5 hingga 19 Februari 2021 tarikh yang akan dikemaskini

Baca Juga: Pro-P MARA 2021: Permohonan Program Pembangunan Profesional

Carta Alir Permohonan PKSK KPM 2021

permohonan sekolah khusus PKSK

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Maklumat Lanjut Permohonan Sekolah Khusus PKSK

Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan sekolah khusus PKSK bagi ambilan tahun 2021 sila rujuk pautan di bawah:

Soalan Lazim (FAQ) PKSK

No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400

No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154

No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200

No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD : 03 8946 5562/ 5565

 

Selamat membuat Permohonan PKSK Online kepada pelajar yang berminat.

Diharapkan permohonan anda berjaya diterima.

1 thought on “PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK 2022”

  1. Assalmualaikum cikgu apa khabar?
    Saya perkenalkan diri saya, nama diberi Siti Salmah dari Sekolah Rendah Islam Integrasi Puncak Jalil.Sebenarnya saya buntu untuk bertanya siapa, memandangkan saya terbaca portal cikgu di internet, semoga dapat membantu menjawab persoalan saya.
    Saya ingin bertanya tentang PKSK.1. Apakah kelayakan untuk menduduki PKSK bagi murid lepasan tahun 6?2. Sekiranya mereka memohon secara talian, adakah 100% calon dipanggil untuk menduduki ujian PKSK ini ke atau tidak semestinya kerana selepas ujian PKSK baru akan ditapis?3. Sekiranya calon tidak muat lagi pakaian seragam sekolah, bolehkan calon memakai pakaian bebas tetapi sopan dan tidak menjolok mata ?
    Terima kasih kerana sudi membaca persoalan saya. 

    Balas

Leave a Comment