Cara & Prosedur Pertukaran Sekolah (Antara Daerah /Negeri)

Cara & Prosedur Pertukaran Sekolah (Antara Daerah /Negeri)

Pertukaran Sekolah Daerah Negeri

Setelah sesi persekolahan berjalan sepenuhnya, ramai ibu-bapa mula menghantar anak ke sekolah yang berhampiran. Sekiranya ada ibu-bapa yang ingin menukarkan anak masing-masing ke sekolah yang lain, prosedur tersebut tidaklah sukar.

Tak susah pun sebenarnya proses untuk pertukaran sekolah ni.  Pada mulanya rasa macam susah. Tapi bila dah buat sendiri baru tahu senang saja rupanya.

Kami akan kongsikan cara dan prosedur untuk pertukaran sekolah rendah dan menengah yang mudah dan pantas.

Cara Pertukaran Sekolah Daerah Dan Negeri Sekolah Rendah

Prosedur yang perlu dilakukan untuk permohonan pertukaran sekolah rendah adalah seperti berikut:-

  1. Dapatkan borang pertukaran sekolah di sekolah semasa.
  2. Lengkapkan borang serta hantar kembali borang tersebut beserta sijil lahir murid ke sekolah semasa untuk pengesahan Guru Besar
  3. Dapatkan tandatangan Guru Besar dan cop sekolah semasa.
  4. Hantar borang permohonan dan sijil lahir murid ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan.
  5. Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. Jika terdapat kekosongan, permohonan pertukaran sekolah berjaya dilakukan.
  6. Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua, dan seterusnya ketiga.

Dokumen urusan pertukaran murid warganegara yang perlu dikemukakan oleh ibubapa / penjaga kepada pihak sekolah:

  1. Borang SRTATS (diisi ibu bapa/penjaga)
  2. Salinan sijil lahir murid
  3. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
  4. Salinan surat nikah
  5. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
  6. Surat anak angkat (jika anak angkat)
  7. Bil utiliti (alamat terkini)

KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR

1. Borang MWTD/SPI.1/2009
2. Membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran ke Jabatan Pendaftaran Negara
3. Pengesahan kelahiran dari klinik/hospital
4. Salinan K/P ibubapa/penjaga

PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH

1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah (kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita khas murid yang tidak boleh dipindahkan)

 

Cara Pertukaran Sekolah Daerah Dan Negeri Sekolah Menengah

Prosedur yang perlu dilakukan untuk permohonan pertukaran sekolah menengah adalah seperti berikut:-

Dapatkan borang pertukaran sekolah di sekolah semasa. Lengkapkan borang serta hantar kembali borang tersebut beserta dokumen ke sekolah semasa untuk pengesahan Pengetua. Dapatkan tandatangan Pengetua dan cop sekolah semasa.
Dokumen yang diperlukan ialah :-

  1. 2 salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. 2 salinan Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga,
  3. 2 salinan sijil nikah IbuBapa/Penjaga,
  4. 2 salinan sijil keputusan PT3 jika pelajar akan memasuki tingkatan 4 ketika masuk sekolah baru

Hantar borang permohonan beserta dokumen ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan. Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. Jika terdapat kekosongan, permohonan pertukaran sekolah berjaya dilakukan. Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua, dan seterusnya ketiga.

Sekolah Seni

Pertukaran murid dibuat melalui permohonan kepada pengetua dangan pengisian borang PU(A)275. Dokumen yang telah lengkap diisi beserta dengan lampiran beberapa maklumat akan dihantar kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan Dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diproses.

Sekolah Sukan

PERTUKARAN ATLET MURID

1. Dokumen Permohonan Pertukaran ke bahagian Sukan

  • Borang Pindah P.U (A) 275 ( 5 salinan)
  • Surat Permohonan ibu bapa
  • Laporan Kaunseling
  • Laporan Jurulatih
  • Laporan Disiplin
  • Laporan Akademik
  • Surat Iringan Permohonan Pertukaran
  • Salinan Kad pengenalan murid, ibu, bapa
  • Salinan Sijil lahir murid

2. Sebab-sebab Permohonan Pertukaran

  • Digugurkan daripada program sukan
  • Tawaran ke sekolah lain / program lain
  • Home sick
  • Masalah disiplin
  • Masalah kesihatan
  • Tidak dapat menyesuaikan diri
  • Mahu memberi tumpuan akademik

3. Proses Kerja Permohonan Pertukaran Atlet Murid di Sekolah

Bil.

Proses Kerja

Pegawai yang Meluluskan/Dirujuk

Seksyen Undang-undang/Peraturan

1

Menerima surat permohonan pertukaran murid daripada ibu bapa

Pengetua

2

Mengedarkan 6 salinan Borang Permohonan Untuk Bertukar P.U. (A) 275 untuk disi dan ditandatangani oleh ibu bapa

Penolong Kanan HEM

3

Menerima dan menyemak Borang Permohonan Untuk Bertukar P.U. (A) 275 dengan memastikan semua butiran dilengkapkan.

– 6 salinan(1 salinan untuk sekolah dan 5 salinan untuk Bahagian Sukan)

Penolong Kanan HEM

4

Menyediakan laporan-laporan berkaitan

1) Jurulatih Sukan berkenaan

2) Guru UBK

3) Guru Disiplin

4) Guru Kelas

5

Menerima dan menyemak laporan-laporan berkaitan betul dan lengkap

Penolong Kanan HEM

6

Menyediakan surat iringan (Surat Permohonan Pertukaran) untuk ditandatangani oleh Pengetua

Pembantu Tadbir Rendah

7

Menyemak dan membuat ulasan sebelum menandatangani Borang Permohonan Untuk Bertukar P.U. (A) 275 serta surat iringan

Pengetua

8

Menghantar Borang Permohonan Bertukar P.U. (A) 275 ke Bahagian Sukan Disertakan bersama dokumen berikut:

1.Surat iringan

2.Surat permohonan ibu bapa

3.Laporan Jurulatih

4.Laporan Disiplin

5.Laporan Kaunseling

6.Laporan Akademik

7.Salinan Kad Pengenalan

8.Salinan Sijil Lahir

9.Salinan Sijil/Perakuan Nikah

Pembantu Tadbir Rendah

9

Menerima dan memfailkan surat kelulusan permohonan bertukar daripada Bahagian Sukan ke dalam Fail Pertukaran Atlet Murid

Pembantu Tadbir Rendah

10

Menyedia dan menyerahkan dokumen berpindah sekolah yang di perlukan kepada Penyelaras Pendaftaran dan Pertukaran ;

1.Laporan Akademik/UPSR/PT3 / PBS

2.Laporan PAJSK & Kokurikulum

3.Laporan Psikometrik & Kad 001M

4.Laporan Disiplin

5.Buku Rekod Kesihatan/Kad Gigi/ Fail Kesihatan

6.Dokumen Perpindahan buku teks (jika re urid membawa bersama buku teks bagi zon yang sama)

7.Borang Pertukaran bagi atlet murid penerima Biasiswa atau bantuan lain

8.Borang MPM/APDM

1. PK Akademik, Guru Kelas & Guru Mata Pelajaran

2.PK Kokurikulum

3.Guru UBK

4.Guru Disiplin

5.Guru Kesihatan

6.Guru SPBT

7.Guru Biasiswa/ Bantuan

8.Guru Kelas

11

Menyedia surat litup/surat iringan dan menyerah/mengepos dokunlen perpindahan ke sekolah baru

Penyelaras Pendaftaran & Pertukaran/ Pembantu Tadbir

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Prosedur pertukaran murid SMKA

1.   Pertukaran murid SMKA yang dibenarkan:

  • Pertukaran murid dari SMKA ke SMKA luar negeri  kecuali Tingkatan Satu
  • Pertukaran murid SMKA ke KAA dalam negeri dan luar negeri.
  • Pertukaran murid dari SMKA ke Sekolah Menengah Harian dalam negeri dan luar negeri.
  • Pertukaran murid dari SBP ke SMKA dalam negeri dan luar negeri (dengan syarat murid berkenaan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab).
  • Pertukaran murid KAA ke SMKA

2.   Prosedur Pertukaran Murid SMKA dan KAA Dalam Negeri dan Antara Negeri :

  • Mengisi borang permohonan pertukaran P.U.A. 275 (5 salinan)
  • Sekolah hendaklah menghantar borang permohonan pertukaran dalam negeri dan antara negeri yang lengkap ke JPN.
  • Dokumen pertukaran hendaklah mengandungi :
  • Surat nikah ibu/ bapa/ penjaga.
  • Perintah mahkamah hak penjagaan anak jika ibu bapa bercerai.
  • Salinan sijil kelahiran/ surat daftar anak angkat.
  • Salinan kad pengenalan murid dan ibu/ bapa/ penjaga.
  • Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun/ PT3, Pelaporan PBD, PAJSK dan PPsi.
  • Surat akuan sekolah.

(Catatan: Semua dokumen hendaklah disahkan)

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Bagi calon-calon (pemohon) yang gagal mendapat penempatan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), calon-calon dibenarkan untuk membuat rayuan permohonan melalui aplikasi semakan yang sama.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat selepas proses pendaftaran pelajar. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik

1. Murid yang ingin bertukar dari Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT) ke mana-mana KV/SMT/SMK  hendaklah melaksanakan prosedur berikut :

  • Menghadiri sesi kaunseling
  •  Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara P.U.(A) 275
  • Menghantar borang yang telah lengkap diisi dan dokumen lampiran ke pihak KV/SMT

2. Borang Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara P.U.(A) 275 hendaklah dilampirkan dengan dokumen berikut:

  • Salinan surat beranak/sijil lahir
  • Salinan kad pengenalan murid
  • Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga murid
  • Salinan surat nikah/perakuan Pendaftaran Perkahwinan ibubapa
  • Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah (jika berkenaan)
  • Surat Daftar Anak Angkat mengikut Seksyen 25 Akta Pengangkatan 1952 (jika anak angkat)
  • Senarai Semak Murid Berpindah Kolej/Sekolah
  • Laporan Sesi Kaunseling

3. Borang yang telah lengkap beserta dokumen hendaklah dihantar ke KV/SMT untuk proses selanjutnya. Keputusan kelulusan pertukaran akan diproses oleh Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional berdasarkan syarat-syarat dan kekosongan yang ditetapkan.

4. Bagi penempatan di SMK, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melaksanakan proses penempatan setelah surat kelulusan pertukaran daripada BPTV diterima.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK)

  1. Tertakluk kepada kekosongan yang terdapat disekolah.
  2. Bagi pertukaran sekolah di negeri Selangor, sila rujuk sini.

Semoga perkongsian cara Pertukaran Sekolah dalam Daerah dan Negeri ini memberikan manfaat kepada semua.

Artikel Lain : Cara Kira BMI Sekolah Rendah Dan Menengah

12 thoughts on “Cara & Prosedur Pertukaran Sekolah (Antara Daerah /Negeri)”

  1. Nak tukar sekolah antara negeri bagi kes sy …dari selangor ke wpkl..kena bwk form tukar tu ke jabatan pendidikan wilayah persekutuan kat jalan duta…bukan pergi ke pejabat pendidikan daerah sekolah yg kita nk pindah tu. Nt sia2 je klu pergi ppd…

    Balas
  2. Mengarut..btul2 menyusahkan.utk proses sek menengah.pegi PPD baru2 ni..die plak suh pegi sekolah jumpa pengetua atau GPK HEM untuk pengesahan terima masuk.PPD xkan call pun.depa hanya cop borang pengesahan saja…bila dh pegi xterima masuk alasan pelajar dh ramai..2 sekolah aku pegi…mana nk cari sekolah lg..xkan anak x sekolah pulak

    Balas
    • Sepatutnya pada zaman yang sudah beruvah ini, cara dan sistem juga perlu berubah asalkan semua disahkan. Yg bertukar bukan suka2. Ad a bertukar sebab ibubapa bekerja/berpindah di tempat lain.. sukar nak uruskan bila dah pindah. Kalau pergi tiada seorang pun staff yg ada mcm mana nak buat urusan. Buatlah sistem online antara ppd/jpn. Kadang2 murid alan terbiar tak beresekolah sebab tiada yang bleh hantar ambil anak dari sekolah.

      Balas
  3. Assalamualaikum…nak tumpang tanya…mcm mn klu dr sekolah rendah/menengah di kedah nk ke sekolah rendah/menemgah di putrajaya..mcm mn proses dia ya…

    Balas
  4. assalamualaikum…

    saya ingin bertanya macam mana proses pertukaran sekolah dari sabah ke putrajaya… saya bercadang hendak mendaftarkan anak saya yang akan memasuki tingkatan 1 pada tahun hadapan di sekolah putrajaya

    Balas

Leave a Comment