Senarai 24 Pasukan Layak Ke AFC Piala Asia 2023
Tahniah diucapkan kepada pasukan harimau malaya keran berjaya melayakan diri secara merit ke AFC Piala Asia 2023. Pencapaian ini menjadi satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Pada awalnya, hanya 13 pasukan yang berjaya menempah tiket ke Piala Asia 2023 dan kemudian 24 pasukan bersaing sekali lagi dalam pusingan akhir kelayakan yang telah bermula dari 8 hingga 14 Jun 2022 yang lalu.
Daripada 24 pasukan tersebut, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. Hanya juara kumpulan dan 5 pasukan naib juara terbaik yang layak untuk ke Piala Asia 2023.
Apa Itu AFC Piala Asia
Piala Asia merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Asian Football Confederation (AFC) untuk mencari juara benua Asia dan merupakan kejohanan bola sepak benua kedua tertua di dunia selepas Copa América.
Sebanyak 46 pasukan yang bernaung di bawah AFC akan merebut kejuaraan Piala Asia yang diadakan setiap empat tahun ini dan hanya 24 pasukan sahaja akan ke pusingan akhir selepas melalui pusingan kelayakan.
Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Selepas mengharungi 3 perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia telah melakar sejarah apabila layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama selepas 42 tahun yang mana kali terakhir adalah pada tahun 1980.
Daripada tiga perlawanan tersebut, Malaysia meraih 6 mata selepas mengalahkan Turkmenistan (3-1) dan Bangladesh (4-1) yang sekali gus berada dalam 5 kelompok terbaik bagi pasukan naib juara untuk Kumpulan E dibelakang Bahrain yang meraih mata maksimum 9 mata.
Senarai Pasukan Layak Ke AFC Piala Asia 2023
Sebanyak 24 pasukan yang layak ke AFC Asian Cup 2023 atau AFC Piala Asia 2023 iaitu:
- Australia
- Jepun
- Iran
- Iraq
- Korea Selatan
- Lebanon
- Palestine
- Oman
- China
- Qatar
- UAE
- Saudi Arabia
- Vietnam
- Jordan
- Syria
- Uzbekistan
- India
- Bahrain
- Tajikistan
- Thailand
- Malaysia
- Kyrgyzstan
- Hong Kong
- Indonesia
Piala Asia 2023 yang sepatutnya dilangsungkan di China ini merupakan edisi ke-18 kejohanan. Sejak 2019 pasukan bertanding dibesarkan kepada 24 pasukan berbanding format lama hanya 16 pasukan sahaja yang digunakan dari tahun 2004 sehingga 2015.
Lantaran wabak melanda dunia sejak 2020, China telah menarik diri selaku tuan rumah dan venue pertandingan masih lagi belum diputuskan oleh AFC dan masih lagi dalam pencarian.
Sebelum ini tarikh akhir diletakkan oleh AFC bagi semua persatuan negara anggota (MA) yang berminat untuk menjadi tuan rumah adalah 30 Jun 2022 akan datang.
Proses pemilihan sudahpun dipercepatkan dan tuan rumah pertandingan itu tidak akan lagi dipilih oleh Kongres AFC dan pemilihan dilakukan melalui bidaan.
Senarai Juara Piala Asia
1956 – Korea Selatan
1960 – Korea Selatan
1964 – Israel
1968 – Iran
1972 – Iran
1976 – Iran
1980 – Kuwait
1984 – Arab Saudi
1988 – Arab Saudi
1992 – Jepun
1996 – Arab Saudi
2000 – Jepun
2004 – Jepun
2007 – Iraq
2011 – Jepun
2015 – Australia
2019 – Qatar
Maklumat lanjut
Anda boleh layari pautan ini : https://www.the-afc.com/en/home.html
Artikel lain : Senarai 32 Pasukan Layak Ke Piala Dunia 2022