PERMOHONAN PIDN JPA 2023( Daftar esilav2.jpa.gov.my/ )
Permohonan PIDN JPA Program Ijazah Dalam Negara 2022 kini telah DIBUKA.
Program Ijazah Dalam Negara JPA Permohonan PIDN JPA 2023 boleh dimohon secara online.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Ijazah Dalam Negara 2023 Permohonan PIDN JPA 2021 untuk makluman bersama.
Apakah Permohonan PIDN JPA 2023?
Permohonan PIDN JPA 2022 adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).
Tarikh Permohonan PIDN JPA 2023
14 Februari 2022 – 27 Februari 2022
*Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai 14 Februari 2022 (jam 4.30 petang) sehingga 27 Februari 2022 (jam 11.59 malam).
Permohonan secara dalam talian, syarat & maklumat lanjut di: http://esilav2.jpa.gov.my
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
SYARAT KHUSUS
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau
(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk
semester terkini / semasa
B. Bidang Perubatan dan Pergigian:
(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
2.2 Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.
Bidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).
2.3 Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang pendidikan;
- Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
- Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
- Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
- Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
- Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.
Cara Permohonan
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2021 PIDN JPA 2022 dibuka secara atas talian di Portal JPA.
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my bermula 14 Februari 2022 (jam 4.30 petang) hingga 27 Februari 2022 (jam 11.59 malam). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di
http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.
Tarikh Semakan Keputusan PIDN JPA 2022
Jangkaan Keputusan 27 Mei 2022
Soalan Lazim Permohonan PIDN JPA 2022
1.Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA PIDN JPA 2021menggunakan ePermohonan?
Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.
2.Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?
Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.
3.Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan, bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut?
Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.
4.Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran?
Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan
5.Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?
Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut sila rujuk :
Saluran pertanyaan:
i) Talian Call Centre : 03- 8885 3297
ii) Emel : [email protected]
iii) Sertai Sesi Soal Jawab Permohonan PIDN melalui Zoom pada:
25 Februari 2022 (Jumaat) | 10.00 – 11.00 pagi | https://zoom.us/j/93632427280
atau hubungi :
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
Artikel Lain : Permohonan Bantuan Awal IPTA Pusat Zakat