PISMP & PPC 2022 (Semakan Status Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM)

PISMP & PPC 2022 (Semakan Status Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM)

PISMP PPC

 

Calon-calon yang layak dipelawa membuat permohonan bagi pengambilan calon guru tajaan KPM untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC).

Tarikh Permohonan PISMP 

Anda boleh mula membuat permohonan bermula 15 MAC – 15 APRIL 2022

PISMP PPC

Tempoh Pengajian PISMP Dan PPC

Untuk PISMP termasuk bagi Laluan Khas Murid Berkeperluan Khas (MBK), pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Untuk PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.

Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun sebelum berkhidmat.

Penerangan Program PPC 2022

Serba sedikit tentang PPC 2022 adalah seperti berikut:

  • Nama Program : Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam
  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh Kementerian luar negara selama empat (4) tahun.
  • Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu (1) tahun.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan PPC 2022

Bidang pengajian PPC 2022 dan syarat asas Permohonan PPC 2022 adalah seperti berikut:

 

  1. Bidang Bahasa Arab (Lughah)

Syarat Asas Akademik:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Arab,
  • Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Tasawwur Islam,
  • Pendidikan Syariah Islamiah,
  • Maharat Al-Quran,
  • Hifz Al-Quran,
  • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Turath Dirasat Islamiah,
  • Usul Al-Din,
  • Al-Syariah,
  • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
  • Turath Bahasa Arab,
  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
  • Al-Adab Wa AlBalaghah

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

 

  1. Bidang Pengajian Islam

Syarat Asas Akademik:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab,

  • Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Tasawwur Islam,
  • Pendidikan Syariah Islamiah,
  • Maharat Al-Quran,
  • Hifz Al-Quran,
  • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Turath Dirasat Islamiah,
  • Usul Al-Din,
  • Al-Syariah,
  • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
  • Turath Bahasa Arab,
  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
  • Al-Adab Wa AlBalaghah
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

 

  1. Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Syarat Asas Akademik:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Arab,
  • Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Tasawwur Islam,
  • Pendidikan Syariah Islamiah,
  • Maharat Al-Quran,
  • Hifz Al-Quran,
  • Turath Al-Quran dan Al-Sunnah,
  • Turath Dirasat Islamiah,
  • Usul Al-Din,
  • Al-Syariah,
  • Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah,
  • Turath Bahasa Arab,
  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah,
  • Al-Adab Wa AlBalaghah
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Calon Tidak Layak Membuat Permohonan PPC 2022

Calon-calon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan PISMP 2022

Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

Untuk PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bidang Bahasa Arab (Lughah)
  • Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
  • Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Syarat Kelayakan PISMP Dan PPC

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP atau PPC adalah seperti berikut:

i) PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu
    – Sejarah
    – Bahasa Inggeris
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

ii) PISMP laluan MBK

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
  3. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
  4. Boleh mengurus diri sendiri.
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian di peringkat SPM dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

iii) PPC

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon SPM tahun 2021.

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Permohonan PISMP Dan PPC

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2022.

Selain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan guru tajaan KPM ini, sila layari https://pismp.moe.gov.my.

Artikel lain: Contoh Soalan Ujian UKCG

Leave a Comment