PJJ UPM USM(Permohonan Program Pendidikan Jarak Jauh)

PJJ UPM USM(Permohonan Program Pendidikan Jarak Jauh)

PJJ PENDIDIKAN JARAK JAUH

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan satu corak pendidikan yang semakin penting dan popular kerika ini. Kepada anda yang berminat untuk menyambung pembelajaran menerusi kaedah PJJ, semestinya igin mengetahui cara membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PJJ

Pendidikan jarak jauh (PJJ)ialah kaedah pendidikan yang tidak melibatkan kehadiran para pelajar di sekolah atau institut-institut pengajian.  Secara tradisi, pendidikan jarak jauh melibatkan perkhidmatan pos sebagai perantara antara pihak sekolah dengan pelajar. Kini, pendidikan jarak jauh lazimnya melibatkan penggunaan Internet. Kaedah pendidikan jarak jauh boleh berlaku secara sepenuhnya atau secara gabungan antara pendidikan bilik darjah lazim dengan pendidikan jarak jauh, lazimnya dipanggil sebagai pembelajaran hibrid. Selain itu, istilah-istilah seperti “pendidikan atas talian” dan “bilik darjah maya” juga digunakan bagi hal ini.

 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PJJ

Berikut adalah merupakan antara kekurangan dan kelebihan PJJ iaitu:

KELEBIHAN
  • Membantu Negara melahirkan tenaga yang professional & berkelayakan dengan pelbagai bidang yang ditawarkan
  • Peluang pendidikan bagi setiap lapisan masyarakat
  • Jadual pembelajaran yang fleksibel
  • Menggalakkan pelajar berfikir dan berdisiplin
KEKURANGAN
  • Menyukarkan komunikasi antara pelajar dengan guru
  • Merumitkan kerja kumpulan
  • Proses pembelajaran yang terasing
  • Amat bergantung kepada disiplin dan daya tahan pelajar

 

TAWARAN PJJ UPM

Kepada yang berminat untuk menyambung pembelajaran menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) ,kini Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tawaran tersebut. Maklumat berkaitan adalah seperti di bawah:

Tarikh Permohonan PJJ UPM

  • Permohonan dibuka sepanjang masa dan permohonan boleh dibuat mulai sekarang bagi kemasukan sesi September 2023.

Kelebihan PJJ UPM

  • UPM menawarkan pendidikan berkualiti dan diiktiraf.
  • Kuliah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).
  • Fleksibel dan kebolehcapaian pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.

Tawaran Program Pengajian PJJ UPM

  • Program Master
    • Master Pembangunan Sumber Manusia
    • Master Pendidikan Bahasa Melayu
    • Master Pendidikan Pentadbiran Pendidikan
    • Master Komunikasi Korporat
  • Program Bacelor
    • Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian
    • Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
    • Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
    • Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
    • Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
    • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian
  • Program Diploma
    • Diploma Pembangunan Manusia

Syarat Kelayakan PJJ UPM

  • Program Master:
    • Memiliki Ijazah Bacelor dengan minima PNGK 2.75
    • Untuk Mater Komunikasi Korporat: Memiliki Ijazah Bacelor dengan minima PNGK 2.5 dan pengalaman 1 tahun kerjaya.
  • Program Bacelor:
    • Lulus STPM/Diploma/Matrikulasi dengan minima PNGK 2.00 dan MUET minima band 2.
  • Program Diploma:
    • Lulus SPM dengan 5 kredit termasuk Bahasa Melayu.

Cara Permohonan PJJ UPM

  1. Layari pautan UPM Education & Training
  2. Pilih peringakat pengajian anda sama ada
    • Program Master
    • Program Bacelor dan Diploma
  3. Pilih bidang yang anda inginkan dan Klik Mohon Sekarang.
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Sign Up.
  5. Sdeterusnya log masuk kembali dengan masukan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
  6. Lengkapkan maklumat permohonan dan hantar permohonan.

 

PJJ USM: Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda 2023/2024

Kepada yang berminat untuk menyambung pembelajaran menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) ,kini Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuka tawaran tersebut. Maklumat berkaitan adalah seperti di bawah:

Tarikh Permohonan PJJ USM

  • Permohonan boleh dibuat mulai sekarang sehingga tarikh tutup permohonan pada 24 September 2023.

Kelebihan PJJ USM

  • Potongan 50% Yuran Pengajian untuk CaIon 50 tahun ke atas
  • Pengecualian Wang Proses kepada Staf/ Pesara/ Pasangan Staf dan Anak Staf USM
  • Kelulusan APEL A Tahap 6 Diterima Jika Tidak Melepasi Spare Kemasukan

Tawaran Program Pengajian PJJ USM

  • Pengurusan
    • Kewangan
    • Pemasaran
    • Strategi
    • Pengurusan Orgamsasi
  • Sains Kemasyarakatan
    • Sains Politik
    • Antropologi-Sosiologi
  • Sains
    • Biologi
    • Matematik
  • Sastera
    • Sejarah

Tempoh Pengajian PJJ USM

  • Tempoh pengajian yang ditetapkan untuk pengajian ini adalah selama 4 tahun.

Syarat Kelayakan PJJ USM

Cara Permohonan PJJ USM

  1. Layari pautan Pohon@USM
  2. Pilih bidang yang anda inginkan dan Klik Mohon Sekarang.
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Sign Up.
  4. Sdeterusnya log masuk kembali dengan masukan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dan hantar permohonan.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment