Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat(Semakan)
Perhatian kepada pelajar Berita lepasan SPM, Yayasan Bank Rakyat ini telah membuka permohonan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 untuk tahun 2022. Anda digalakkan untuk membuat permohonan sekiranya berkelayakan.
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) daripada Yayasan Bank Rakyat ini dibuka kepada pemohon dalam golongan susah dan memerlukan. Ianya bagi menampung kos perbelanjaan ketika belajar sekali gus mengurangkan beban kewangan ketika sambung belajar di universiti.
Tarikh Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Peringkat Kedua 2022
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat 2022 dibuka mulai 12 September hingga 14 Oktober 2022.
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2
Apa Itu PPBU Bank Rakyat
PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.
Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.
Yayasan Bank Rakyat membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tahun 2022 ini buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:
- Sijil Kemahiran
- Diploma Kemahiran
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Sarjana
- Sijil Profesional
Tarikh Permohonan
Permohonan dibua bermula 15 FEBRUARI hingga 15 MAC 2022
Kadar Bayaran Balik PPBU Bank Rakyat
Peminjam PBBU Bank Rakyat tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!
Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.
Kursus Yang Ditawarkan
Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
- Perakaunan
- Perbankan
- Pengurusan perniagaan
- Sumber Manusia
- Ekonomi
- Komunikasi Media
- Undang-undang
- Sains Aktuari
Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.
Cara Permohonan PPBU Bank Rakyat
Untuk memohon sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan yayasanbankrakyat.com.my
- Pastikan anda telah mendapat tawaran kemasukan daripada universiti tempatan.
- Sila daftar permohonan di portal Yayasan Bank Rakyat untuk mengisi borang permohonan.
- Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Bank Rakyat, e-mel dan SMS. Surat tawaran juga akan die-melkan kepada pemohon yang berjaya disenarai pendek.
- Pemohon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian.
- Sila simpan satu salinan borang permohonan lengkap untuk tujuan rujukan.
Semakan Keputusan Tawaran
Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 2022 – Diploma Kemahiran & Diploma telah dikeluarkan.
Semakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:
https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php
Maklumat Lanjut
Layari laman web Yayasan Bank Rakyat untuk maklumat lanjut.
Artike Lain : Permohonan Skim Agihan Awal IPT (Lembaga Zakat Kedah)