PPC JPA(Permohonan Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam)

PPC JPA (Permohonan Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam)

PPC JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).Kami akan membantu anda dengan menyediakan panduan cara membuat permohonan PPC JPA ini dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam

Program Pelajar Cemerlang (PPC) adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran yang ditaja oleh JPA.

Apa Itu Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam

Cara Permohonan Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam PPC JPA

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang hingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Syarat Permohonan Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam PPC JPA

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
  6. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana.
  7. Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D).
  8. Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.
  9. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  10. Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja.
  11. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.
  12. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan JPA adalah seperti:

i) Ijazah Sarjana/Fast Track Ph.D

  1. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam negara atau luar negara; atau
  2. Kelayakan minimum akademik mengikut negara adalah seperti:
    – United Kingdom: 70% & ke atas
    – Australia/New Zealand: 85% & ke atas
    – Jepun: 85% A+B (50%A) (85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A).

ii) Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

  1. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atau
  2. Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam negara atau luar negara.
  3. Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:
    – United Kingdom: 70% & ke atas
    – Australia/New Zealand: 85% & ke atas
    – Jepun: 85% A+B (50%A) (85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A).

TEMPAT PENGAJIAN

Penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat pengajian dalam negara di Universiti Awam, Government-Linked Universities (Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)) atau di universiti-universiti di luar negara

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Penajaan ini akan memfokuskan dalam bidang pengajian meliputi bidang keutamaan negara dan strategik serta lain-lain bidang yang ditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan Wawasan Kemakmuran UNITED KINGDOM AUSTRALIA / NEW ZEALAND JEPUN 70% & ke atas 85% & ke atas 85% A+B (50%A)* 6 Bersama (WKB) 2030 di bawah Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).

Pada tahun 2022, penajaan adalah berfokuskan bidang Sains & Teknologi selaras dengan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi & Ekonomi (10-10 MySTIE) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), serta bidang Sains Sosial yang dikenal pasti iaitu Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa, Kewangan/Perbankan, Perakaunan/ Percukaian, Ekonomi dan Psikologi

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Perjanjian penajaan adalah mengikut 4 keadaan PBU iaitu:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Keputusan Permohonan PPC JPA

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke2 bulan September 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Info Lanjut

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 18 hingga 22 Julai 2022 jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang atau emelkan kepada [email protected] (talian dan emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Artikel lain : Permohonan Hadiah latihan Perkhidmatan HLP

1 thought on “PPC JPA(Permohonan Program Pelajar Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Awam)”

Leave a Comment