Koleksi Pantun & Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Terbaik (Happy Anniversary)

Koleksi Pantun & Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Terbaik (Happy Anniversary)

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan

Ulangtahun perkahwinan adalah sesuatu yang indah untuk diraikan. Ada yang jenis suka menghebah-hebahkan ulang tahun mereka. Ada pula yang lebih gemar untuk menyambutnya secara lebih private.

 Terdapat banyak ucapan ulang tahun perkahwinan yang boleh digunakan. Ia boleh diucapkan secara lisan, dihantar sebagai pesanan mesej, atau pun ditulis di atas kad dan diberikan dengan sejambak bunga.

Koleksi Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Kepada Isteri

Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke sepuluh wahai isteriku! Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi menerima kekuranganku dan melayan segala kerenahku!

Terima kasih untuk segala pengorbananmu melahirkan zuriatku. Satu pintaku, setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Genggam tanganku tatkala jatuh bangunku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. Selamat hari ulang tahun cinta halalku!

Wahai bidadariku, kamu adalah amanahku hingga ke akhir hayatku. Aku mencintaimu sepenuh hatiku. Aku menerimamu untuk melengkapi segala kekuranganku.

Kepada wanita tercantik yang telah memberikan saya kehidupan yang paling indah dan bahagia. Happy Anniversary Sayang!

Selamat ulang tahun kepada satu-satunya orang di dunia yang saya inginkan di samping saya setiap hari dan setiap malam sepanjang hayat saya. Saya sayang awak, sayang. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!

Dengan awak di sisi saya, saya menjadikan orang yang paling gembira, paling bersyukur, dan paling bertuah di dunia. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat jodohku.

Terima kasih buat isteri yang menjadi pendengar yang baik tatkala diriku dibelenggu masalah. Terima kasih sentiasa berusaha membahagiakan hati suamimu ini. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang!

Abang tidak pernah cukup memberitahu sayang betapa cantiknya sayang, betapa sayang membuat abang tersenyum, dan betapa bermaknanya sayang kepada abang. Selamat ulang tahun untuk cinta sejati yang satu.

Maklumat berkenaan Kursus Kahwin : https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home

Koleksi Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Kepada Suami

Abang, sudah bertahun-tahun kita lalui hidup suka dan duka bersama-sama. Hadirmu dalam hidupku ibarat lampu yang menyinari kegelapan. Tanpamu, aku kesepian seperti pungguk rindukan bulan.”

Semoga abang menjadi suami terbaik untuk menjaga saya selamanya. Semoga Allah tambahkan rezeki abang seluas langit dan bumi. Selamat hari ulang tahun suamiku tersayang!”

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku! Terima kasih untuk setiap detik pengorbananmu, penat lelahmu dalam mencari rezeki yang Halal, dan setiap pertolonganmu dalam membantu isterimu yang menyayangimu ini.

Terima kasih awak kerana menjadi suami dan ayah yang paling prihatin buat isteri dan anak-anakmu. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!

Saya percaya segala-galanya yang berlaku ada sebabnya kerana ia membawa saya kepada awak. Saya sayang awak, suami tercinta. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!

Dari bunga yang pertama hingga anak yang terakhir, semuanya lebih manis semenjak kita bertemu. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang!

Kita mungkin telah berubah sejak pertama kali bertemu bertahun-tahun lalu, tetapi saya amat bersyukur kita semakin rapat. Saya sayang awak sangat! Selamat ulang tahun perkahwinan sayang.

Koleksi Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Lucu

Cinta itu umpama makan sambal belacan, Walaupun pedas hingga mengalirkan air mata tapi ia tetap dimakan, Begitulah cinta kita dalam rumah tangga, ada pedas, masam dan manisnya tapi sayang tetap cinta pada abang! Happy Wedding Anniversary My handsome husband

Abang, walaupun coklat itu manis, tapi tak semanis muka abang ! Walaupun ais itu cair, tapi cair lagi cinta saya pada awak! Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita awak! Moga awak tetap cinta dan sayang saya sebanyak buih di lautan dan setinggi awan di langit!”

“Sayang, walaupun pinggangmu tak ramping macam kerengga, pipimu bulat seperti bola. Tapi cinta suci abang tak pernah luntur sejak awal mula mengenalimu sayang. Abang menerimamu seadanya hingga kini. Semoga Tuhan memanjangkan usia percintaan suci kita ini hingga  Jannah! Selamat hari ulang tahun cinta kekasih halalku!

“Sayang, walaupun badanmu semakin membulat, bagiku ia hanya seperti kucing comel yang kuat makan. Walaupun dirimu sering lambat bersiap, bagiku ia hanyalah detik jam berputar untuk detik bahagia kita. Gelagatmu adalah kegembiraanku!”

Koleksi Ucapan UlangTahun Perkahwinan Kepada Keluarga Dan Sahabat

Buat kakakku yang disayangi, tahniah diucapkan. Buat abang, terima kasih kerana telah menjaga dan sentiasa menggembirakan kakakku hingga ke hari ini. Semoga hubungan perkahwinan kalian bahagia hingga  Jannah.

“Happy wedding anniversary to both of you! Moga kalian bahagia selalu, diberikan iman yang sempurna, kasih dan sayang yang kekal selamanya.”

“Adikku, sudah setahun usia perkahwinanmu. Aku bersyukur kerana kau bahagia bersama cinta hatimu yang ikhlas menyayangimu. Moga setiap ujian hidup yang dilalui, akan lebih menguatkan cinta kamu berdua. Happy Anniversary!

Koleksi Pantun Ulang Tahun Perkahwinan

Di lapangan hanya bermain layang -layang

Tubuh berkeringat tanganku bergoyang

Hey bidadari hanya kau yang ku sayang

Malam teringat, di siang pun terbayang

 

Ada burung yang melayang namanya Nuri

Sampai sebentar hinggap di pohon kenari

kasih sayangku amatlah murni

Seperti embun yang sejuk di pagi hari.

Happy Anniversary!

 

Mengambil bambu buat sembilu

Ada terbang debu dari cerutu

Nama mu lah ku sebut selalu

Dalam doa dan setiap waktu

 

Tersirat syair puisi puitis dan madah

Seorang pujanggan ciptakan sepenuh rasa

Engkau lah tetap yang terindah

Dalam hidupku di sepanjang masa

 

Dipinggir kali ada banyak nipah

Sayangnya airnya terasa begitu sepah

Kasih sayang mu begitu berlimpab

Menjadikan hidupku semakin indah

Artikel Lain : Senarai Cadangan Hadiah Perkahwinan

1 thought on “Koleksi Pantun & Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Terbaik (Happy Anniversary)”

Leave a Comment