CARA CASH OUT eBELIA RAHMAH (Boleh Withdraw Cash @ Transfer ke Bank?)

CARA CASH OUT eBELIA RAHMAH (Boleh Withdraw Cash @ Transfer ke Bank?)

CASH OUT eBELIA RAHMAH

Kepada para belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh membuat permohonan eBelia Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Tetapi mesti anda ingin mengetahui cara untuk withdraw kredit daripada penyedia edompet tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk cash out kredit ewallet eBelia Rahmah, semoga membantu.

APA ITU eBELIA RAHMAH

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit  yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih

 

KELEBIHAN TEBUS eBELIA RAHMAH DI eWALLET

Pasti yung menariknya pembayaran secara digital seperti ini melaluinya perkhidmatan ewallet tersebut iaitu:

  • Ana boleh nikmati banyak baucar dan diskaun
  • Ini adalah bentuk pembayaran masa depan, cashless
  • Harga barang dan produk jauh lebih murah jika anda bayar melalui edompet RM200

CARA CASH OUT eBELIA RAHMAH

Untuk makluman anda, sebenarnya tidak ada cara untuk cash out eBelia Rahmah ini. Ini kerana ada terma dan syarat yang mengatakan bahawa anda tidak boleh menukarkannya dalam bentuk wang tunai. Anda boleh menggunakan kredit RM200 ini untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan “peer-to-peer”;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

 

KENAPA TAK BOLEH CASH OUT KREDIT eBELIA RAHMAH

Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal. Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di
Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.
Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) eBELIA RAHMAH

Di manakah saya boleh membuat tuntuan kredit eBeliaRahmah ini?

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:

  1. Boost;
  2. Setel; dan
  3. Touch ‘n Go eWallet

Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir? Adakah kredit eBeliaRahmah dan insentif e-tunai mempunyai tarikh luput?

  • Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah?

  • Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai eBelia Rahmah, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment