Permohonan Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius 2023

Permohonan Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius 2023

Permohonan Program GENIUS Negara

Permohonan program GENIUS negara kini di buka untuk permohonan bagi mereka yang berminat.

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat (4) tahun dan ke bawah. Adakah anda ingin menghantar anak menyertai program GEN1US negara Kementerian Pendidikan Malaysia KPM? Buat yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program GEN1US Negara di pusat anak gen1us di seluruh Malaysia buat rujukan semua.

Untuk makluman semua, terdapat banyak Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang terletak di seluruh Malaysia. Bagi kanak-kanak yang ingin menyertai Program GENIUS Negara, mereka akan hadir ke PAGN berhampiran tempat tinggal masing-masing untuk mengikuti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.

Permohonan Program GENIUS Negara KPM Di Pusat Anak Genius Di Seluruh Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program GENIUS Negara KPM. Info yang disediakan merangkumi tarikh tarikh penting, kestimewaan program, syarat kelayakan, serta borang permohonan dan dokumen yang perlu disertakan.

Program Genius Negara

Tarikh Penting Program GENIUS

Tarikh permohonan adalah seperti berikut:

  • Mulai 1 Jun hingga 30 September 2022

Keistimewaan Program GENIUS Negara

Terdapat banyak kelebihan menyertai program GEN1US negara. Antaranya adalah:

  1. Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik serta menyeluruh
  2. Menerapkan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik secara menyeluruh
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)
  5. Pendidik yang berkelayakan

Syarat Kelayakan Menyertai Program GENIUS Negara

Untuk menyertai program GEN1US negara, syarat kelayakan di bawah perlu dipenuhi:

  1. Anak merupakan warganegara Malaysia
  2. Anak berusia empat (4) tahun ke bawah
  3. Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000

Cara Permohonan Program GENIUS Negara

Berikut dikongsikan langkah mudah untuk menghantar permohonan:

Langkah Pertama:  Download Borang DISINI

Borang Permohonan Program GEN1US Negara

 

Dokumen Penting Permohonan

Sewaktu menghantar permohonan, wajib untuk sertakan dokumen-dokumen penting berikut:

  1. Salinan surat beranak
  2. Salinan MyKid anak
  3. Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
  5. Salinan pendapatan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
  6. Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri)
  7. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah

Langkah Seterusnya: Hantar borang permohonan lengkap ke Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) berhampiran

 

Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN)

Muat turun Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) di pautan berikut:

PDF Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut Permohonan Program GEN1US Negara tentang , sila hubungi butiran berikut:

Bahagian GENIUS

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3, Blok Podium,

Menara Usahawan, Persiaran Perdana,

Presint 2,

62652 Putrajaya

No. Telefon: 03-88805151

Laman Web: Laman Web Rasmi KPM

 

ARTIKEL LAIN

SSPN ONLINE 2023(Cara Buka Akaun Simpan SSPN Untuk Anak)

Leave a Comment