Program Khas Kakitangan Awam Selangor(Tajaan Melanjutkan Pengajian)

Program Khas Kakitangan Awam Selangor (Tajaan Melanjutkan Pengajian)

Program Kakitangan Awam Selangor

Berita gembira buat semua kakitangan awam Selangor, anda kini boleh mendapatkan tajaan untuk menyambung pengajian k peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan kebajikan serta kehendak para kakitangan terjaga.Kami akan membantu anda dalam memastikan permohonan Program Khas Kakitangan Awam Selangor anda untuk melanjtkan pengajian berjalan dengan lancar. anda boleh ikuti perkongsian kami ini.

Apa Itu Program Khas Kakitangan AwamSelangor

Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor adalah penajaan yang ditawarkan kepada kakitangan awam di negeri tersebut untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan.

Tarikh Permohonan Program Khas Kakitangan Awam Selangor

Permohonan program khas ini dibuka sepanjang tahun dan kakitangan awam yang berminat boleh memohon menerusi borang permohonan yang disediakan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon tajaan melalui program khas ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gunasama atau Lantikan Negeri dalam:
    – Perkhidmatan tetap; atau
    – Contract of Service (COS); atau
    – Kumpulan Pelaksana Gred 29 – 40 Lantikan Negeri yang berjawatan tetap.
  2. Pemohon lantikan tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Pentadbiran SUK Selangor.
  3. Pemohon lantikan kontrak (COS) telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun.
  4. Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.
  5. Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk 3 tahun berturut-turut).
  6. Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi Kumpulan Pelaksana dan peringkat Pascasiswazah atau Kursus Profesional bagi Kumpulan P&P secara sambilan di IPTA/IPTS tempatan.
  7. Pemohon tidak mengikuti pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki.
  8. Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan.
  9. Pemohon belum/tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja.
  10. Pemohon telah memperolehi pencapaian minimum CGPA 2.75 bagi Ijazah Sarjana Muda (Kumpulan P&P) dan Diploma/kelayakan yang setaraf (Kumpulan Pelaksana).

Cara Memohon Program Khas Kakitangan Awam Selangor

Cara untuk memohon program khas ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web INI
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hnatar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat:Urus Setia Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran,
    Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan transkrip rasmi Sarjana/Ijazah pertama/Diploma dan Sijil Kelulusan Senat (sekiranya berkaitan) bagi pengajian terdahulu.
  3. Salinan surat tawaran pengajian daripada universiti/institusi pengajian yang dipohon.
  4. Senarai tugas pegawai yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan Pemohon.
  5. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan pemohon.
  6. Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga 3 tahun terkini pemohon.
  7. Lain-lain dokumen sokongan (sekiranya berkaitan).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor, sila layari ini

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Leave a Comment