PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2023: Semak Keputusan & Tarikh Ujian
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang merupakan pelajar darjah 6 disekolah KAFA Negeri Selangor, semestinya ingin membuat tarikh ujian atau semakan keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PRSA). Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU PRSA
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama atau PSRA ialah satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam. Peperiksaan ini di jalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya.
Sijil ini sebagai salah satu dokumen penting untuk permohonan pelajar bagi kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama dibawah kelolaan kerajaan negeri Selangor.
OBJEKTIF PRSA
Objektif penilaian ini adalah bermatlamat untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.
SKOP BIDANG PRSA
Berikut adalah merupakan skop sukatan pelajaran bermula dari darjah 4 hingga 6 .yang dinilai adalah seperti berikut:
- Al-Quran dan Hafazan
- Akhlak/Sirah
- Tajwid
- Tauhid/Feqah
- Bahasa Arab
- Jawi, Impat dan Khat
PENILAIAN PERMARKAHAN PRSA
Berikut adalah merupakan penilaian dari segi pemarkahan dalam setiap subjek berdasarkan pangkat seperti yang berikut:
- Mumtaz (Cemerlang)
- Jayyid Jiddan (Sangat baik)
- Jayyid (Baik)
- Maqbul (Lulus)
- Musaadah (Perlu Bimbingan)
KELEBIHAN KEPUTUSAN CEMERLANG PRSA
Kepada para pelajar yang lulus dengan cemerlang (Mumtaz) di dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama berpeluang untuk menyambung pengajian ke:
- Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
- Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PSRA
Kepada ibu bapa yang imgin membutat semakan bagi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama, anda boleh menghadiri ke sekolah masing-masing kerana penyemakan ini hanya boleh dibuat secara manual
TARIKH UJIAN PRSA
Tarikh ujian PRSA bagi sesi 2023 akan dikemaskini kemudian
MAKLUMAT LANJUT PSRA
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama, anda boleh melayari Portal Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor di pautan https://pendidikan.jais.gov.my/arkib-sistem-pendidikan-jais
ARTIKEL LAIN