RANKING FIFA MALAYSIA (Semak Kedudukan Terkini)

RANKING FIFA MALAYSIA (Semak Kedudukan Terkini)

RANKING FIFA

Kepada anda penggemar bola sepak, semestinya inginkan pasukan bola sepak kebangsaan kita menyertai perlawanan FIFA. Semestinya anda kan membuat semakan kedudukan dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melibatkan Malaysia. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan raking FIFA.

 

APA ITU RANKING FIFA

Kedudukan Dunia FIFA (FIFA World Rankings) adalah sebuah sistem kedudukan bagi pasukan kebangsaan lelaki dan wanita di dalam bola sepak, yang pada masa ini diketuai oleh Belgium.Pasukan-pasukan negara ahli FIFA (Fédération Internationale de Football Association), badan pentadbir bola sepak dunia, ditempatkan dalam kedudukan berdasarkan kepada keputusan perlawanan mereka yang menunjukkan hasil pasukan yang paling berjaya diletakkan paling tinggi. Kedudukan ini telah diperkenalkan pada bulan Disember 1992, dan lapan pasukan (Argentina, Belgium, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol) pernah memegang kedudukan teratas, dimana pasukan Brazil memegang kedudukan pertama paling lama.

 

KEPENTINGAN RANKING FIFA

Kedudukan ini penting untuk menentukan pot undian rasmi Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung nanti. Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA walaupun peluang ke pot lebih baik agak tipis.

 

CARA KIRA MATA RANKING FIFA

Pemberian mata berdasarkan keputusan perlawanan ini tidaklah semudah yang disangka, tetapi menggunakan formula kedudukan FIFA. Formulanya pemberian mata adalah seperti berikut:

  • Mata untuk ranking FIFA = 100 x [ Keputusan perlawanan (i) x Jenis Perlawanan (ii) x kekuatan pasukan lawan (iii) x kekuatan dalam rantau (iv) ]

 

FAKTOR PENENTUAN KIRA MATA RANKING FIFA

Berikut adalah merupakan faktor yang menentukan turun naik kedudukan FIFA ini:

  1. Keputusan Perlawanan
    • 3 mata untuk pasukan yang meraih kemenangan, 1 mata untuk kedua-dua pasukan yang seri dan tiada sebarang mata pasukan kalah.
  2. Jenis Perlawanan
    • Persahabatan = x1.0
    • Piala Dunia = x2.5
    • Kelayakan piala kontinental = x2.5
    • Piala kontinental = x3.0
    • Piala konfederasi = x3.0
    • Final Piala Dunia= x4.0
  3. Kekuatan pasukan lawan
    • Formulanya adalah seperti berikut: Nilai kekuatan pasukan lawan = [200- kedudukan dalam ranking] / 100
  4. Kekuatan benua pasukan (regional strength)
    • Setiap benua mempunyai nilai kekuatannya yang tersendiri seperti yang ditetapkan oleh FIFA. Nilai kekuatan ini adalah seperti berikut:
      • Eropah: 0.99
      • Amerika Selatan: 1.0
      • Amarika Utara: 0.85
      • Asia: 0.85
      • Afrika: 0.85
      • Oceania: 0.85
    • Format pengiraan kekuatan antara benua pula adalah melalui formula ini:
      • Kekuatan benua pasukan = ( Nilai kekuatan benua pasukan A + Nilai kekuatan benua pasukan B ) / 2

 

CARA KIRA TAMBAHAN MATA RANKING FIFA

Untuk pengetahuan anda, tambahan mata setiap perlawanan yang diiktiraf oleh FIFA berbeza jika ia berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Pengiraan mata untuk keputusan adalah seperti berikut:

  • Menang tanpa penalti (weightage 1.0)
  • Menang menerusi penalti (weightage 0.75).

 

CARA SEMAK KEDUDUKAN RANKING FIFA

Untuk membuat semakan kedududukan FIFA semasa, anda boleh menyemak DI SINI

 

KEPENTINGAN RANKING FIFA MALAYSIA

Antara kepentingan sistem kedudukan ini adalah ia akan menentukan kedudukan negara kita dalam grouping kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Setiap negara yang bakal bertanding dalam kejohanan ini bakal diletakkan dalam pool atau balang dengan negara yang rankingnya hampir sama dengan negara kita.

 

ARTIKEL LAIN

BADMINTON RANKING MALE FEMALE MEN DOUBLE (Semak BWF Ranking Point)

1 thought on “RANKING FIFA MALAYSIA (Semak Kedudukan Terkini)”

Leave a Comment