RAYUAN IPG:SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN 2023(PISMP)
Permohonan rayuan IPG online adalah sistem permohonan dalam talian yang disediakan kepada pemohon IPG yang gagal permohonan awal IPG. Permohonan rayuan IPG di buka kepada mereka yang layak untuk membuat rayuan semakan semula kelayakan yang dimiliki oleh calon.
Permohonan Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak IPG.
Artikel kali ini akan membincangkan tentang syarat dan cara serta tarikh permohonan rayuan teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Tarikh Semakan Ke PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
Keputusan tawaran pengajian ke IPGM akan diumumkan pada 16 Julai 2022 melalui https://pismp.moe.gov.my
Syarat Rayuan IPG
Rayuan Kemasukan tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuhi syarat-syarat berikut :-
A. Pemohon Yang Layak Untuk Membuat Rayuan
- Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran
- Pemohon yang telah memohon program IPG tetapi tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
- Pemohon yang telah memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
- Sekiranya layak IPGM boleh menawarkan mana-mana bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti berikut;
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 bahasa Cina tidak diperlukan, mempunyai syarat kepujian bahasa Cina adalah satu kelebihan.)
- Reka bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK)
- Pendidikan Masalah Penglihatan (SK)
Sila rujuk syarat bidang pengkhususan di portal http://upu.moe.gov.my, hanya pemohon yang mempunyai kelayakan syarat bidang akan dipertimbangkan.
B.Pemohon Yang Tidak Layak Untuk Membuat Rayuan Ke IPG
- Pemohon yang gagal dalam saringan UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran
- Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar rakaman video pengajaran
- Pemohon yang telah mendapat tawaran daripada mana-mana pusat pengajian (universiti/ Matrikulasi/ Asasi/ Politeknik/ Kolej Komuniti) melalui UPU
Permohonan Rayuan IPG
Cara permohonan rayuan adalah menggunakan medium online atau dalam talian. Rayuan boleh dibuat secara online di pautan berikut :-
Tarikh Rayuan 2023
Tarikh permohonan rayuan kemasukan ke IPG akan diumumkan di portal IPG https://pismp.moe.gov.my/ setelah keputusan kemasukan ke IPG 2021 diumumkan pada 08 Julai 2021 khamis nanti.
Kami akan mengemaskini tarikh permohonan rauan jika pengumuman tarikh tersebut telah dikemaskini oleh pihak Institut Pendidikan Guru
Semakan Keputusan Rayuan boleh dibuat secara online di pautan berikut :-
- Tarikh : –
- Aplikasi Semakan : Keputusan Rayuan IPG Online
Bagi calon yang berjaya diminta melakukan pengesahan setuju / menolak tawaran sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini. Sekiranya calon tidak berbuat demikian akan dianggap menolak tawaran tersebut
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi maklumat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/6769
emel : [email protected] | [email protected]
Selamat membuat rayuan kemasukan IPG ambilan tahun 2021. Tahniah kepada lepasan SPM yang berjaya menjadi calon guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Artikel Lain
SEMAKAN KEPUTUSAN IPG 2023 ONLINE:CHECK TAWARAN CALON BERJAYA(PISMP)
Assalamualaikum,berapa lama tunggu keputusan rayuan Ipg tahun ni?Adakah mengambil masa yg lama? Terima kasih.