RKPYS 2024(Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor)

RKPYS 2024(Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor)

RKPYS Yayasan Selangor

Anak Selangor yang layak digalakan memohon biasiswa ke tingkatan 1. Yayasan Selangor  RKPYS telah menawarkan biasiswa pelajaran kepada pelajar yang terpilih bermula 3 Januari 2024

kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu RKPYS Yayasan Selangor

 RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Tujuan prorgram ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik kepada mereka.

Murid-murid yang terpilih akan diberikan biasiswa selain bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.

 

RKPYS 2024(Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor)

 

Penempatan Asrama Terpilih RKPYS Yayasan Selangor

Murid tajaan program ini akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.

i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)

Asrama

Nama Sekolah

Jantina

AYSSB

SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam

Lelaki

AYSK

SMK Tinggi Klang, Klang

Lelaki

AYSK

SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Lelaki/

Perempuan

AYSK

SMK (P) Methodist, Klang

Perempuan

AYSK

SMK Convent, Klang

Perempuan

AYSK

SMK Methodist ACS, Klang

Lelaki

AYSK

SMK (P) Bukit Kuda, Klang

Perempuan

ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor

Asrama

Nama Sekolah

Jantina

Sabak Bernam

SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam

Perempuan

Sabak Bernam

SMK Sungai Besar

Lelaki/Perempuan

Sabak Bernam

SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan

Perempuan

Kuala Selangor

SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang

Lelaki/Perempuan

Kuala Selangor

SMK Pengkalan Permatang

Lelaki/Perempuan

Hulu Selangor

SMK Kuala Kubu Bharu

Lelaki/Perempuan

Petaling

SMK Damansara Utama

Lelaki/Perempuan

Petaling

SMK Shah Alam

Lelaki/Perempuan

Hulu Langat

SMK Tinggi Kajang

Lelaki

Hulu Langat

SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

Lelaki/Perempuan

Hulu Langat

SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)

Perempuan

Kuala Langat

SMK Telok Panglima Garang

Lelaki/Perempuan

Kuala Langat

SMK Banting

Lelaki/Perempuan

Kuala Langat

SMK Bukit Changgang

Lelaki/Perempuan

Sepang

SMK Seri Sepang

Lelaki/Perempuan

W.P Kuala Lumpur

SMK Victoria

Lelaki

iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)

Negeri

Nama Sekolah

Jantina

Selangor

SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya

Perempuan

Selangor

SMK (P) Assunta, Petaling Jaya

Perempuan

Selangor

SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya

Lelaki

W.P Kuala Lumpur

SMK Aminuddin Baki

Lelaki/Perempuan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Cara Memohon RKPYS YayasanSelangor

Untuk membuat permohonan RKPYS ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://yayasanselangor.org.my/pengambilan-murid-tingkatan-1-rancangan-khas-pendidikan-kementerian-pendidikan-malaysia-yayasan-selangor-tingkatan-1-2023/
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen permohonan dengan lengkap.
  5. Cetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)- 1 salinan
  2. Keputusan UPKK (sekiranya ada)- 1 salinan
  3. Sijil PAJSK– 1 salinan
  4. Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga- 1 salinan
  5. Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa– 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa
    yang tidak lahir di Selangor, sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
  6. Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga- 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang
    tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).

Semua dokumen di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan
Profesional/PengerusiJKKK/Penyelia Pembangunan Mukim/Penghulu/Ketua Kampung
dan yang setaraf dengannya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai RKPYS, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.

Artikel Lain : Permohonan Inisiatif Tunai Kembali Ke sekolah RM100

Leave a Comment