Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA (Daftar Rumah Sewa KPT)

Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA (Daftar Rumah Sewa KPT)Rumah Siswa

Para mahasiswa seringkali mengalami masalah untuk mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat pengajian. Harga sewa yang tinggi juga menjadi maslaah utama untuk setiap mahasiswa mendapatkan rumah sewa yang sesuai. Pihak kerajaan telah menyediakan satu platform yang dapat membantu para mahasiswa dalam hal tersebut.

Portal Rumah Siswa dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 yang lalu bagi menangani isu pengurusan dan keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus (non-residents).

Portal ini secara tidak langsung dapat membantu memantapkan inisiatif ke arah hasrat pemerkasaan, memelihara kebajikan dan akses mahasiswa, terutama penuntut di luar kampus.

Selain itu, pelaksanaan program ini akan menjadi panduan untuk pihak IPT untuk mentadbir, menyelaras dan menguruskan segala keperluan, maklumat, pembangunan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa luar kampus, terutama mereka yang menetap di rumah sewa supaya lebih teratur dan menyeluruh.

Apa Itu Portal Rumah Siswa

Portal Rumah Siswa merupakan platform yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa dengan pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudah cara proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.

Ini dapat memastikan bahawa mahasiswa IPT tidak teraniaya apabila berurusan dengan tuan rumah dan mereka dapat membuat persediaan untuk mencari rumah sewa dengan lebih mudah dan teratur.

IPTA Yang Menyediakan Rumah Siswa

Portal ini akan melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut:

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Cara Mendaftar Rumah Siswa

Untuk mendaftar ke dalam portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email.
  5. Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
  6. Senarai kediaman dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.

Artikel lain : Permohonan PTPTN Online 2022

3 thoughts on “Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA (Daftar Rumah Sewa KPT)”

Leave a Comment