SEMAKAN SAPS IBUBAPA 2022(Check Keputusan Peperiksaan Anak Guna IC)
Pasti ramai yang pernah meyorok buku rekod keputusan peperiksaan, risau dirotan ibu bapa sekiranya gagal. Kepada ibu bapa dan pelajar, semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat secara online melalui portal SAPS Ibu Bapa atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPSNKRA).
Bagaimana cara login dan semak slip peperiksaan? Disini kami kongsikan cara semakan SAPS ibubapa, semoga dapat membantu anda.
APA ITU SAPSNKRA
SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. NKRA pula adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). Sistem SAPS Ibu Bapa NKRA atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka disekolah melalui keputusan peperiksaan.
Kini secara atas talian (online), ibu bapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terkini anak-anak, sama ada pelajar sekolah rendah mahupun yang menengah.
CARA LOGIN SAPSNKRA IBU BAPA
Bagi ibu bapa yang ingin menyemak slip peperiksaan, dikehendaki untuk login SAPSNKRA terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara login SAPS ibubapa:
- Layari portal SAPS Ibu Bapa di pautan https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar (TANPA “-” atau “SPACE”) dan klik “Cari”
- Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
- Klik butang “Semak”
Artikel Lain: Semakan Slip Peperiksaan Pelajar
CARA SEMAKAN SAPS IBUBAPA (MUAT TURUN SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR)
Setelah anda login seperti di atas, kemudian ikuti cara semak slip peperiksaan pelajar seperti berikut:
- Pada laman seterusnya, akan tertera nama pelajar dan nombor kad pengenalan.
- Pada kotak Tahun , pilih tahun yang anda ingin lihat data peperiksaan anak anda. Tahun yang terpapar adalah bermula dari tahun 2011 sahaja sehingga tahun terkini.
- Akan tertera nama serta kod sekolah tempatnya bersekolah pada tahun yang anda pilih.
- Kemudian, di sebelahnya akan tertera segala maklumat mengenai mata pelajaran yang dipelajari pelajar pada tahun tersebut.
- Pada kotak Keputusan Peperiksaan – pilih jenis peperiksaan yang anda ingin lihat.
- Pada ruangan Analisis Markah , tertera dua butang untuk dipilih.
- Tekan Papar Slip Keputusan – untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda untuk peperiksaan yang anda pilih.
- Tekan Papar Markah Peperiksaan – untuk melihat data keseluruhan untuk kesemua peperiksaan yang diduduki anak anda pada tahun tersebut.
SOALAN LAZIM
Adakah ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan upsr, pt3, spm melalui sistem laman web & slip keputusan di sini?
Tidak boleh disemak dan dapatkan slip keputusan di sini. Sistem ini hanya untuk peperiksaan selain yang ditanya.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Rekod Nama pelajar salah dalam sistem?
Maklumkan kepada guru kelas anak anda atau anak mereka. Mereka akan bantu untuk betulkan nama pelajar iaitu anak anda dalam sistem bagi memboleh anda sebagai ibu bapa dapat selesaikan dengan segera
Bagaimanakah sekiranya saya tidak dapat login menggunakan kad pengenalan anak saya?
Boleh maklumkan kepada guru kelas anak anda untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Semoga perkongsian cara semak SAPS ibubapa ini memberikan manfaat kepada anda semua.
070409131377