PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

Kepada para pelajar lepasan Diploma Politeknik  yang telah tamat lantiahn industri dan pengajian, anda boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dengan membuat permohonan kemasukan ke program Sarjana Muda Politeknik. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan bagi ambilan Sesi  Akademik 2023/2024, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

Politeknik merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mula ditubuhkan pada 1969 menerusi penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar.

Selain peringkat Diploma, politeknik juga menawarkan kemasukan bagi program Serjana Muda kepada lepasan diploma bagi institusi tersebut.

 

BIDANG PENGGAJIAN PROGRAM SARJANA MUDAPOLITEKNIK

  • Berikut adalah merupakan bidang Proram Sarjana Muda yang ditawarkan iaitu:
  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian

 

TEMPOH PENGGAJIAN PROGRAM SARJANA MUDA

Tempoh penggajian bagi program ini adalah Tiga Tahun atau 6 semester dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.

 

KADAR YURAN PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yuran yang dikenakan bagi program Sarjana Muda iaitu:

  • Yuran pengajian: RM200
  • Yuran asrama: RM 60-RM630
    • Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan.
  • Bayaran pelbagai:
    • Semester 1: maksimum RM600
    • Semester seterusnya: maksimum RM150

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program ini iaitu:

Syarat Am

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf.

Syarat Khusus

  1. Lulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00.
  2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  3. Tidak buta warna (untuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian/Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian/Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian).
  4. Lulus ujian lukisan dan temuduga (untuk Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian).

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK (Sesi Akademik 2023/2024)

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Mei 2023 secara atas talian.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

Kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan: http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
  2. Pada paparan utama, di bahagian Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda klik pada Klik Di Sini Untuk Memohon.
  3. Kemudian log masuk dengan menggunalan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan dan klik Masuk
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap.
  5. Semak kembalik maklumat anda, sekiranya betul klik pada Sah & Hantar untuk menghantar permohonan.
  6. Cetak Slip permohonan sebagai rujukani.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenaii Program Serjana Muda Politeknik, anda boleh melayari portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment