Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah

Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah

Sarjana Pendidikan Cuti Sekolah

Berita gembira buat lepasan ijazah sarjana muda pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menawarkan peluang mengikuti program sarjana Pendidikan secara mod cuti sekolah.

Peluang ini adalah kesempetan buat para guru terutamanya kerana kursus dijalankan hanya pada masa cuti sekolah. Ini dapat membantu guru menyusun masa dengan lebaik baik dan teratur.

Kami menyediakan panduang lengkap untuk permohonan program sarjana pendidikan tersebut.

Apa Itu Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah

Program sarjana ini merupakan program pengajian peringkat sarjana (Master in Education) yang direka khas untuk dijalankan sewaktu cuti sekolah di bawah kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape), dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad.

Ia bukan sahaja terbuka kepada semua warga pendidik, tetapi juga kepada orang awam yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana tanpa mengganggu kerja hakiki masing-masing

Program ini bakal memasuki tahun ke-7 dan sesi pengambilan pelajar baharu tahun 2023 akan bermula tidak lama lagi.

Ayuh, kembangkan potensi diri dan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi dengan segulung ijazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi dengan yuran berpatutan.

Sarjana Pendidikan Cuti Sekolah

Tempoh Pengambilan

Pengambilan pelajar program ini dibuat setahun sekali sahaja.

Syarat Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 

Program sarjana ini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dari apa jua bidang.

Calon sarjana program ini perlu menghabiskan 40 jam unit kerja kursus DAN menerbitkan satu prosiding/artikel jurnal berwasit bersama penyelia.

Mod pengajian adalah secara Kerja Kursus.

Bidang Yang Ditawarkan

20 bidang pengajian ditawarkan iaitu:

  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Kurikulum dan Pedagogi
  3. Pendidikan Khas
  4. Pendidikan Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Sains
  7. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  8. Pengurusan Sukan
  9. Pentadbiran Pendidikan
  10. Sosiologi Pendidikan
  11. Pendidikan Sejarah
  12. Pendidikan matematik
  13. Psikologi Pendidikan
  14. Pendidikan Prasekolah
  15. Penialaian dan Pengukuran
  16. Pendidikan Ekonomi
  17. Pendidikan Bahasa Arab
  18. Pendidkan Sumber dan Teknologi Maklumat (Teknologi Pendidikan)
  19. Pendidikan Komputer
  20. Pendidikan Sastera

Struktur: Kerja Kursus & Projek Penyelidikan

Kerja Kursus

  • 5 Kursus Teras Fakulti (13 Unit)
  • 5 Kursus Pengkhususan (15 Unit)
  • 2 Kursus Pilihan (6 Unit)

Projek Penyelidikan

  • Kertas Projek I (3 Unit)
  • Kertas Projek II (3 Unit)

Lokasi Pusat Pengajian

4 lokasi pusat pengajian untuk dipilih iaitu:

  • UKM Bangi
  • Kota Bharu
  • Kota Samarahan
  • Kota Kinabalu

Cara Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 

  1. Layari www.koperasisiswazah.com untuk mendapatkan maklumat serta borang permohonan.
  2. Hantarkan borang yang lengkap diisi kepada pihak urusetia di e-mel [email protected].

Borang Permohonan dihantar melalui EMAIL:

Kepilkan SLIP BAYARAN wang pemprosesan bersama DOKUMEN yang diperlukan (WAJIB)

EMAIL:

Borang permohonan berserta DOKUMEN (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK PDF perlu diemailkan ke: [email protected] 

POS:

Kepilkan SLIP BAYARAN bersama dokumen yang dipos. Borang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu di hantar ke alamat:

   Koperasi Siswazah Bangi Berhad
Paras 1, Bangunan Pentadbiran
Kolej Keris Mas, 43600
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor

PERHATIAN: Permohonan melalui POS TIDAK DIGALAKKAN  atas faktor keselamatan. Jika menggunakan kaedah pos, mohon membuat semakan penerimaan permohonan dari Pegawai Koperasi melalui nomber telefon yang disertakan dalam poster.

Hantarkan permohonan anda secepat mungkin untuk mendapat rebat yuran RM250!!!

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, sertai TELEGRAM melalui pautan berikut:

Channel Utama:

https://t.me/sarjanapendidikanUKM

————————————————

Group UKM Intake 2023:

https://t.me/+A1oi-HeRRalkMGQ9

————————————————

Group Kota Bharu Intake 2023:

https://t.me/+HLXsvoK3-6Q1NjE1

————————————————

Group IPTAR Kota Samarahan Intake 2023:

https://t.me/+voEi4Jaqul1hZDI1

————————————————

Group Kota Kinabalu Intake 2023:

https://t.me/+UExiLrGfK3YyZDk1

Artikel Lain : Permohonan DPLI

Leave a Comment