PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK 2023 (Semakan Tawaran)

PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK 2023 (Semakan Tawaran)

SEKOLAH KHUSUS PKSK

Perhatian kepada murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2023, permohonan sekolah khusus PKSK. Pelanjutan tarikh permohonan kemasukan murid dan tarikh semakan pusat bagi Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) Kementerian Pendidikan Tahun 2023/2024.

 

APA ITU SEKOLAH KHUSUS

Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

 

SENARAI SEKOLAH KHUSUS

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

 

TARIKH PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS 2023/2024

Tarikh permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Murid Tingkatan 1 dan 4/Tahun 1 SVM Tahun 2023/2024 mulai 30 September – 30 November 2022.

 

CARA PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2023

Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).

  1. Kemaskini maklumat APDM dengan menghubungi pihak sekolah dan dapatkan maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada pihak sekolah
  2. Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
  3. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
  4. Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:
    • Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK
    • mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
    • membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
    • membawa peralatan tulis
    • memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
    • Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
    • Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    • Amalkan penjarakan fizik

 

TARIKH SEMAKAN PKSK 2023

berikut adlaah merupakan tarikh Semakan Pusat PKSK iaitu:

  • Tingkatan 1: 15 Disember 2022 hingga 02 Februari 2023
  • Tingkatan 4: 15 Disember 2022 hingga 16 Februari 2023

 

CARA PERSEDIAN MENDUDUKI PKSK

Semua calon yang telah membuat permohonan perlu membuat persediaan seperti berikut:

  • Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK
  • Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
  • Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
  • Membawa peralatan tulis
  • Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
  • Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
  • bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Amalkan penjarakan fizikal

 

TARIKH MENDUDUKI PKSK 2023

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1 : 6 – 16 Feb 2023
  • Tingkatan 4 : 25 Januari – 3 Februari 2023

 

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1 & 4 

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM  dibuat seperti berikut:

  1. Layari laman web berikut untuk permohonan
  2. Pada paparan utama Klik bahagian Semakan Tawaran
  3. Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan Klik Untuk Login.
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat dan klik semakan permohonan.

Baca Juga: APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.

Berikut merupakan format PKSK untuk rujukan pelajar:

  1. Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).
  2. Bahagian A akan dilakukan secara dalam talian menggunakan item objektif aneka pilihan dan mempunyai wajaran skor sebanyak 20%.
  3. Bahagian B juga akan dilakukan secara dalam talian dan menggunakan item objektif aneka pilihan serta mempunyai wajaran skor 70 %. Bahagian ini mencakupi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
  4. Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%.
  5. Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Baca Juga: REGISTER DARJAH SATU SECARA ONLINE

SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH KHUSUS

Sekiranya pelajar berkelayakan dan terpilih untuk mendapat tempat di salah satu sekolah khusus yang dimohon, pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan di:

  1. Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 1
  2. Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 4

Baca Juga: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK:BANTUAN KEPADA MAHASISWA

RAYUAN PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS

Permohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat bermula selepas semakan tawaran pada 17 Mac 2023.

 

MAKLUMAT LANJUT SEKOLAH KHUSUS

Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan sekolah khusus PKSK bagi ambilan tahun 2023 sila rujuk pautan di bawah:

  • Soalan Lazim (FAQ) PKSK
  • No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400
  • No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154
  • No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200
  • No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD : 03 8946 5562/ 5565

Selamat membuat Permohonan PKSK Online kepada pelajar yang berminat.

Diharapkan permohonan anda berjaya diterima.

4 thoughts on “PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS PKSK 2023 (Semakan Tawaran)”

  1. Assalmualaikum cikgu apa khabar?
    Saya perkenalkan diri saya, nama diberi Siti Salmah dari Sekolah Rendah Islam Integrasi Puncak Jalil.Sebenarnya saya buntu untuk bertanya siapa, memandangkan saya terbaca portal cikgu di internet, semoga dapat membantu menjawab persoalan saya.
    Saya ingin bertanya tentang PKSK.1. Apakah kelayakan untuk menduduki PKSK bagi murid lepasan tahun 6?2. Sekiranya mereka memohon secara talian, adakah 100% calon dipanggil untuk menduduki ujian PKSK ini ke atau tidak semestinya kerana selepas ujian PKSK baru akan ditapis?3. Sekiranya calon tidak muat lagi pakaian seragam sekolah, bolehkan calon memakai pakaian bebas tetapi sopan dan tidak menjolok mata ?
    Terima kasih kerana sudi membaca persoalan saya. 

    Balas

Leave a Comment