CARA SEMAK GANTIAN CUTI REHAT (GCR) DALAM HRMIS
Penjawat awam mempunyai kemudahan Gantian Cuti Rehat yang dapat ditebus dengan wang ringgit apabila pencen nanti. Namun begitu, melalui belanjawan 2022 yang dibentang kerajaan terkini, kerajaan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari di bawah Inisiatif 2, Kebajikan Penjawat Awam.
Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara semak gentian cuti rehat (GCR) tersebut. Usah risau, kami akan bantu anda untuk membuat semakan dengan pantas dan mudah.
Apa Itu GANTIAN CUTI REHAT GCR
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan Perkhidmatan.
Cara Semak Gantian Cuti Rehat GCR
Berikut adalah cara-cara menyemak GCR melalui HRMIS:
- Anda hendaklah log in dengan memasukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul pada pautan ini : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Klik pada Pengurusan Cuti
- Anda gerakkan cursor di Fungsi > Penyemakan Cuti > Tekan Pemohon Cuti
- Seterusnya anda klik pada GCR
- Klik pada Previu Cetak
- Selesai, akan keluar laporan CRK personal anda.
Artikel Lain : Kad Pesara Kerajaan (Senarai Kemudahan)
Cara Kira Gantian Cuti Rehat GCR
Contoh pengiraan di atas ialah untuk Penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 120 hari bagi sepanjang perkhidmatan (maksimum 150hari).
Melalui Belanjawan 2022, Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 80 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dianggarkan seperti di bawah:
Sebagai contoh :
- Gaji Akhir + Imbuhan= 5000
- Jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan= 80 Hari
Formula:
1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebihi 75 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap
Oleh itu,
1/30 x 80 hari x RM5000 = RM13,333.33
Melalui formula yang diberikan, jumlah wang melalui GCR yang bakal anda dapati ialah RM13,333.33. Namun formula ini adalah formula rujukan pada tahun 2020.
Selain daripada pengumuman berkaitan GCR ini, penjawat awam juga bakal mendapat beberapa insentif lain seperti di bawah melalui Belanjawan 2022:
- Bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14.
- Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
- Bantuan Khas Kewangan: 1.3 juta Gred 56 dan ke bawah RM700 dan 1 juta pesara RM350.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.
Soalan Lazim
Siapa Yang Layak?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
Siapa Yang Tidak Layak?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
Bagaimana Pengumpulan Cuti Dibuat?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.
Formula Pengiraan
Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
Semoga perkongsian cara semak GCR ini memberikan manfaat kepada anda semua.