SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM 2021:CARA BUAT RAYUAN(Borang Penyemakan Semula)
Bagi calon yang mengambil peperiksaan SPM tahun 2021 sekiranya anda tidak yakin dengan keputusan SPM yang anda terima anda boleh semak semula keputusan SPM tersebut.
Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti, maka anda, boleh membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2021 anda.
Pelajar dan ibubapa yang curiga dengan keputusan SPM 2021 yang diumumkan, boleh membuat permohonan semak semula keputusan SPM dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.
Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.
- Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
- Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
- Tiada caj dikenakan.
- Sila isikan borang permohonan secara online.
Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.
Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM
Menurut Kementerian Pendidikan pelbagai kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM.
Pelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut keupayaan masing-masing seperti berikut:
1.Mengisi Borang Permohonan Secara Manual
Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan secara manual maka permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2021).
- Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.
2.Permohonan Semakan Atas Talian
Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan mengisi Cara Online maka anda perlu melakukan permohonan
- Melalui e-Lembaga Peperiksaan
Panduan & Proses Permohonan
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2021 dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.
Kaedah bayaran semak semula keputusan SPM untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:
1.Bagi Permohonan Melalui Pos
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
- Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
2.Sekiranya Permohonan semak semula keputusan SPM dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
- Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
- Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.
Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.
Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
Keputusan Permohonan Semak Semula SPM
Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Peraturan Semak Semula Keputusan SPM
Peraturan Permohonan Semak Semula Keputusan yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-
- Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semak semula keputusan SPM boleh dibuat sekaligus.
- Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
- Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2019, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
- Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
- Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan semak semula keputusan SPM yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Rujuk di SINI untuk peraturan penuh Semak Semula Keputusan SPM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya pelajar and ibubapa ada sebarang pertanyaan TENTANG semak semula keputusan SPMboleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel: [email protected]
Artikel Lain
KEMASKINI UPUONLINE (Cara Update Bagi Lepasan SPM)