STR FASA 1 2024 (Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah)

STR FASA 1 2024 (Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah)

STR FASA 1 2024

Berita gembira kepada rakyat Malaysia yang layak memohon Sumbangan tunai Rahmah (STR), anda kini boleh membuat semakan status permohonan anda tersebut. Disini kami akan kongsikan tarikh pembayaran terkini untuk STR fasa 1 2024 mengikut kategori kelayakan masing-masing, semoga membanfu

 

APA ITU STR

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya

 

SYARAT KELAYAKAN STR 2024

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

 

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1 2024

Berikut adalah merupakan katagori penerima STR iaitu:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang

NOTA: Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2024

Pembayaran STR Fasa 1 adalah seperti berikut:

BILKAEDAH PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
1Ada Akaun BankMulai 29 Januari 2024 secara berperingkat.
2Tiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024.
3Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah Sarawak)

 

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2024

Kadar bayaran STR fasa 1 adalah mengikut kategori kelayakan adalah seperti berikut:

KATEGORIPENDAPATAN BULANANBIL. ANAKJUMLAH BAYARAN 

(STR FASA 1)

Isi Rumah
(Tiada Had Umur)
RM2500 ke bawah0RM500
1-2RM500
3-4RM500
5 dan lebihRM500
RM2500 – RM50000RM100
1-2RM150
3-4RM250
5 dan lebihRM300
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM150
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100

 

SEMAKAN STATUS STR FASA 1

Berikut adalah membuat semakan status STR anda:

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Masukkan kata laluan anda
  5. Tekan semak
  6. Status anda akan terpapar.
  7. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  8. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • Ada butang Maklumat STR. Boleh muat turun maklumat tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, anda boleh melayarii portal rasmi STR

 

Artikel Lain : STR Bujang

1 thought on “STR FASA 1 2024 (Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah)”

Leave a Comment