SEMAKAN CABUTAN MAYBANK ZEST-i 2023(CHECK KEPUTUSAN AKAUN PELABURAN)
Semakan cabutan Maybank Zest-i akaun pelaburan Zest-i Maybank Islamic mempunyai ciri istimewa cabutan hadiah sepanjang tahun dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik dengan nilai keseluruhan hampir RM2 juta.
Maybank Islamic Bhd menawarkan hadiah bernilai RM2 juta kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Zest-i melalui platform Maybank2U.
Cabutan Maybank Zest-i juga antara cabutan yang ditunggu oleh para pelabur selain daripada pelaburan SSP BSN.
Pembukaan Akaun Zest-i
“Proses pembukaan akaun Zest-i melalui Maybank2u ini lebih mudah, pantas dan lancar selaras dengan misi Kumpulan Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan dengan menjadikan kemudahan perbankan dapat diakses oleh semua pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan menambah, Maybank Islamic terus komited dalam menambah baik mutu dan capaian perkhidmatan perbankan kepada pelanggan seiring dengan perkembangan digital dan bagi mengurangkan interaksi bersemuka di seluruh kaunter cawangan Maybank berikutan penularan COVID-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.
Cara Buka Akaun Maybank Zest-i Dalam Talian
Pelanggan Sedia Ada
Cara buka akaun Maybank Zest-i bagi pelanggan Maybank sedia ada adalah seperti berikut:
- Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/page/apply/cardSTP.do?productType=zesti
- Lengkapkan maklumat kemudian daftar
- Selesai
- Tidak memerlukan dokumen/lawatan ke cawangan
Pelanggan Baru
Cara buka akaun Maybank Zest-i bagi pelanggan baru Maybank adalah seperti berikut:
- Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/page/apply/cardSTP.do?productType=zesti
- Lengkapkan maklumat kemudian daftar
- Selesai
Semakan Hadiah Cabutan Maybank Zest-i 2023
Semakan untuk tahun 2023 akan dikemaskini.
Tahun ini, Maybank Islamic menawarkan hadiah yang menarik sepanjang tahun kepada pelanggan Maybank Zest-i yang bertuah, antaranya adalah MacBook Air, iPhone 12, Proton X50, wang tunai, pelaburan emas 10 gram dan 30 gram serta hadiah utama berupa pelaburan emas bernilai 1 kilogram melalui Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i).
Cara Semakan Pemenang Cabutan Maybank Zest-i
Untuk menyemak senarai pemenang cabutan Maybank Zest-i anda hanya perlu klik pautan di bawah:
Syarat Kelayakan Penyertaan Cabutan Zest-i
Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuka akaun pelaburan Maybank Zest-isecara dalam talian dengan nilai minimum sebanyak RM50.
Pelaburan seterusnya adalah minimum RM200 untuk kelayakan mereka memenangi hadiah bulanan, RM300 untuk hadiah suku tahunan dan RM400 untuk hadiah setengah tahun serta RM500 untuk cabutan hadiah utama.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan semakan cabutan Maybank Zest-i sila layari https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/accounts/mudarabah/zest-i-bm.page atau kunjungi cawangan maybank berhampiran anda.
ARTIKEL LAIN
Baca Juga: CARA AKTIFKAN SPayLater (Bayaran Secara Ansuran Di Shopee)