SEMAKAN KELULUSAN BKC FASA 2 2021(Check Status Lulus/Tidak)
Semakan Kelulusan BKC ini untuk memudahkan anda menyemak status kelayakan bantuan anda. Semakan Status kelulusan bantuan BKC 2021 boleh mula di semak bemula pada 25 November 2021 iaitu pada hari pertama pembayaran BKC 2021 dibuat oleh kerajaan.
Seperti yang kita sedia maklum, Bantuan Khas Covid-19 adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi menringankan kos sara hidup dan beban yang terpaksa ditanggung akibat pandemic COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Semakan Kelulusan BKC
Semakan Kelulusan BKC FASA 2 2021(Check Status Lulus/Tidak)
Kelayakan Penerima BKC Mengikut Kategori
Berikut pula adalah jadual kelayakkan penerima BKC mengikut kategori penerima dan klasifikasi.
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah sperti berikut :
Kelayakan Penerima BKC Mengikut Kategori
Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk mendapatkan BKC adalah tidak perlu. Hal ini kerana kelayakan penerima akan dibuat berdasarkan data sedia ada melalui dapatan Permohonan BPR 2021 bagi katagori miskin tegar dan B40. Manakala, untuk M40 diambil data bantuan daripada Percukaian (LHDNM).
Berapakah Jumlah Bayaran BKC?
Bayaran BKC akan diterima mengikut kategori penerima dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan seperti Isi Rumah, Warga Emas mahupun bujang. Sila rujuk jadual untuk memudahkan pemahaman :
Berapakah Jumlah Bayaran BKC?
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 BKC Fasa 2
Pembayaran BKC adalah mulai 25 November 2021 . Sila rujuk jadual pembayaran untuk maklumat lebih detail bagi pembayaran mengikut kategori.
Cara Bayaran Duit BKC 2021
Kepada mereka yang tertanya akan cara pembayaran BKC, jangan risau. Kaedah bayaran adalah secara automatik seperti Bantuan Prihatin Rakyat yang dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonana BPR 2021. Begitu juga bagi katagori M40, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam rekod percukaian.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN BKC
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status kelulusan BKC melalui Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my)?
Berikut adalah cara buat semakan:
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
SOALAN LAZIM
Saya telah membuat Semakan Kelulusan BKC dan maklumat pembayaran yang dipaparkan pada Status Kredit adalah Gagal Kredit. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Bayaran BKC berkenaan?
Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan Semakan Kelulusan BKC adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad.
Apakah yang dimaksudkan dengan Semakan Kelulusan BKC status kredit PEMBAYARAN SECARA TUNAI?
PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 25 November 2021
Saya membuat Semakan Kelulusan Bantuan Khas Covid-19 pada Menu Semakan Status dan paparan “Semakan mendapati No. MyKad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKC 2021”. Apakah yang dimaksudkan dengan paparan berkenaan?
Anda tidak tersenarai sebagai penerima BKC.
Apakah sebab saya tidak tersenarai sebagai Penerima BKC?
Semakan kelayakan Kelulusan BKC akan dibuat bagi penerima BKC berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:
Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 saya adalah dalam kategori M40. Pendapatan terkini saya adalah dalam kategori B40. Adakah saya boleh membuat tambahan amaun BKC?
Penentuan kategori penerima BKC adalah muktamad berdasarkan semakan permohonan BPR 2021 dan juga data percukaian yang telah dilaporkan.
Bila dan bagaimana semakan status BKC boleh dibuat?
Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat di Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my) mulai 25 November 2021
Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?
Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.
Saya tidak memohon BPR 2021, adakah saya akan layak menerima BKC?
Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima BKC.
Saya memohon BPR 2021 tetapi berstatus tidak lulus, adakah saya layak menerima BKC?
Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC.
Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?
Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.
Saya ada membuat rayuan BPR 2021 kerana permohonan BPR 2021 saya tidak lulus disebabkan pendapatan tidak menepati syarat kelayakan. Adakah saya layak menerima BKC sebagai kategori B40?
Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan kategori BKC (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut tentang semakan kelulusan BKC, anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my
ARTIKEL LAIN
AKAUN BKC DISEKAT/KENA BLOCK(Macam Mana Nak Login?)
sy bantuan bpr ta dapat tapi bantuan bkc sudah dafar duit blh masok ke
Assalamualaikum. Saya Muhammad Azhari Bin Manaf lulus tak BKC saya fasa 2
Tentang bkc ni..saya chet status tulis dalam proses penkreditan…sya pergi pejabat hasil dlam negeri pegawai kat situ kata dah di kredik kan…sya chat akaun saya xda duit masok pun lagi….sya pergi bank BSN pegawai bank kata dah masok pada 3.9.2012…sedangkan sya tiap2 hari ulang alik ke atm pergi chet xda apa2 yg masok pun…apa cerita sbenarnya ni…saya nk tahu ada ka xdak sbenarnya ..
Sy minta cikgu batalkan komen sy di atas sbb sy dah jumpa duit BKC yg telah pun dikreditkan ke akaun sy tepat pada masanya. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia. Terbaik.
Saya pun sama macam tak ada duit dlm BANK saya tarikh pun sama jugak 😠😠😠😠
saya nak bertanya..saya nak cek status bkp sama ade lulus atau tidak..tp bagaimana…
Encik saya ingin bertanya tentang bantuan bkc fasar2 bila kah boleh saya dapatkan wang ringgit untuk sekolah menengah dan rendah dan juga untuk pembiayaan keluarga saya mohon kepada encik tentang status permohonan saya ini tidak ada lagi perkerjaan dan juga di sini saya juga dlm keadaan sakit
Ada kah saya dapat bayaran bkc fasa 2 ni.saya bujang.dah tak berkerja lagi umur saya 51 tahun
Saya terima Bkc pada 6 september yg lalu…tp untuk november saya belum terima…tidak tulis pun sedang dalam pengkreditan….saya pengguna bank simpanan nasional
bkc fasa 2 tak masuk akaun ,???
Kenapa sya cek status tiada apa2 pn..sma jg yg lama..tp jumlah pmbyrn 800..
Assalamualaikom tumpang tnye knpe bkc fasa 2 sy x dapat2 lg emm bkc fasa 1 sy dapat je
Assalammualaiku tupang tanya kenapa bkc fasa ke 2 sya tak dapat2 bkc fasa 1 sya dah dapat
Knp sy blm terima duit bkc lg
Kenapa sya blum terima bkc fasa ke 2
Saya pun x dapat bantuan BKC fasa 2, kenapa ya??
Kenapa saya punya bkc fasa 2 tidak msk lg,sdgkn saya miskin tegar.gji suami bukan nyk bnyk pun bawah 1k adalah.peliklh nk cek pun xdpt buka log in
No ic saye tidak dapat dibaca
kenapa belum dapat sedangkan memang saya layak?
Sy masih belum terima bkc fasa2…sedangkan fasa1 Dan fasa3 Sy dpt..tp fasa2 smpai skrg xdapt…pelik sgt knapa jd mcm ni…
Kenapa sy penganggur tk dapat bkc data tertakluk PD kwsp juga kn
BB45 jalan pasar 16300 Bachok Kelantan
Bkc fasa 1 masuk..
Bkc fasa 2 tak masuk..
Bkc fasa 3 terus tak ada jawapan….
Boleh bagi jawapan??