Permohonan HLP PPPT Sarjana & PhD Sepenuh Masa

Permohonan HLP PPPT Sarjana & PhD Sepenuh Masa

HLP PPPT

Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan HLP PPPT begaji penuh kepada yang layak.

Untuk makluman,Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2023/2024.

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan PPPT Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

 

Tarikh Permohonan HLP PPPT

Bagi mereka yang berminat, permohonan akan dibuka mulai 5 Disember 2022 jam 5.00 petang hingga 4 Januari 2023 jam 5.00 petang.

HLP PPPT

 

 

Cara Memohon HLP PPPT

PPPT yang berminat untuk memohon boleh memohon menerusi cara berikut:

  1. Layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan.

Syarat Permohonan HLP PPPT

Syarat umum yang ditetapkan bagi penajaan ini adalah pegawai-pegawai yang ingin memohon hendaklah mempunyai:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Minat
  • Perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  • Mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, PPPT juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan seperti:

  1. Pada Tahun 2023, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun dalam skim perkhidmatan PPPT (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2016) pada tarikh tutup permohonan.
  4. Mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut- turut (2019, 2020 & 2021). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  5. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai/bidang pengajian Sarjana Muda yang telah diikuti dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan.
  6. Memiliki Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D (pencapaian CGPA minimum 2.5).
  7. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  8. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan).
  9. Masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi; atau telah mendapat tempat pengajian tetapi akan memulakan pengajian di manamana institusi pengajian tinggi pada Sesi Pengajian Semester 1 2023/2024.
  10. Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.
  11. Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut:
    – Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara
    selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.
    – Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.
  12. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
  13. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  14. Bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  15. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
  16. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik serta diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.

Dokumen Yang Diperlukan

Permohon juga perlu melampirkan dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  1. Gambar berukuran pasport.
  2. Rancangan Penyelidikan (proposal) yang disahkan Ketua Jabatan/Penyelia.
  3. Transkrip Ijazah Pertama/Sarjana ATAU keduaduanya (disahkan).
  4. Lampiran Senarai Tugas Terkini (disahkan).
  5. Borang Perakuan Ketua Jabatan.
  6. Surat Tawaran Universiti.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai HLP PPPT 2023, sila hubungi :

Unit Biasiswa,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 PUTRAJAYA.

 

Artikel lain : Permohonan HLP Pendidik

2 thoughts on “Permohonan HLP PPPT Sarjana & PhD Sepenuh Masa”

Leave a Comment