SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SVM LEPASAN TINGKATAN 3

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SVM LEPASAN TINGKATAN 3

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SVM

Kepada para pelajar lepasan tingkatan 3 yang berminat untu meneruskan pengajian dalam bidang TVET, anda boleh menyambung pengajian dengan membuat permohonan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Disini kami akan kongsikan kepada anda sedikit maklumat mengenai SVM, semoga membantu.

 

APA ITU SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

SVM merupakan sijil yang ditawarkan kepada murid yang telah tamat pengajian di Tingkatan 3. Kepada murid lepasan Tingkatan 3 daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat SVM sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

 

KELEBIHAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 

Berikut adalah merupakan kelebihan SVM ini iaitu:

  • SVM adalah setara dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang memperolehi PGNK Akademik sama atau lebih dari 3.33, kepujian dalam Bahasa Malaysia SVM Kod 1104, dan PNGK Vokasional melebihi 3.67
  • SVM ini diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 sekiranya layak.

 

TEMPOH PENGGAJIAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 

Tempoh pengajian ini adalah selama 2 tahun dan dilaksana berdasarkan Sistem Semester yang merangkumi 4 semester.

 

KAEDAH PENILAIAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 

Sistem penilaian pelajar pula adalah melalui Pentaksiran Berterusan (PB) yang diadakan sepanjang semester dan Penilaian Akhir (PA) pada setiap penghujung semester.

NOTA: PB dan PA adalah di bawah pemantauan LP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

KURIKULUM PEMBELAJARAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 

Kurikulum pembelajaran adalah menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori.

Selain itu, pelajar juga perlu menduduki kertas Bahasa Melayu dan Sejarah pada setiap semester.

 

SYARAT PENGANUGERAHAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 

Berikut adalah merupakan syarat penganugerahan yang ditetapkan kepada para pelajar bagi mendapatkan SVM ini iaitu::

  • Lulus Bahasa Melayu SVM 1104.
  • PNGK Akademik melebihi atau sama dengan 2.00.
  • PNGK Vokasional melebihi atau sama dengan 2.67.
  • Kompeten semua kursus vokasional.

Nota: Bagi kemasukan ke IPTA/IPTS, pelajar perlu lulus Sejarah 1251 SVM sebagai syarat am kemasukan ke institusi terbabit.

 

Semakan Keputusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 2023 bagi semester 3 boleh dilakukan oleh pelajar mulai 26 Disember 2023, jam 10.00 pagi. Berikut adalah informasi lebih lanjut mengenai langkah-langkah untuk memeriksa keputusan peperiksaan SVM.

 

Cara Membuat Semakan Keputusan SVM 2023

Semakan keputusan SVM 2023 boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan https://myresultsvm.moe.gov.my mulai 26 Disember 2023, jam 10.00 pagi. Calon juga dapat memeriksa keputusan dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing pada tarikh yang sama.

Pertanyaan Lanjut: Untuk pertanyaan lanjut mengenai keputusan SVM 2023, sila hubungi 013-362 5452 atau 013-390 7879.

SOALAN LAZIM (FAQ) SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 

Bagi mengetahui soalan lazim mengenai SVM, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

Soalan Lazim : SVM & DVM https://www.mqa.gov.my/pv4/bm/faq_svmdvm.cfm

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengeni Sijil Vokasional Malaysia, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment