Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan UPU Lepasan STPM 2022/2023

Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan UPU Lepasan STPM 2022/2023

Semakan  Keputusan UPU

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian  ke UNIVERSITI AWAM (UA) kini boleh mula disemak bagi lepasan STPM 2022/2023.

Proses rayuan juga boleh terus dilakukan sekiranya permohonan anda gagal. Kami sediakan panduan ringkas untuk membuat semakan keputusan UPU tersebut.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan UPU

semakan keputusan boleh dibuat mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang

Cara Semakan Keputusan Permohonan UPU

Semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

i) Laman Web

  1. Layari laman web berikut:
    – https://jpt.utm.my
    – https://jpt.uum.edu.my
    – https://jpt.unimas.my
    – https://jpt.ums.edu.my
    – https://jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
  3. Keputusan permohonan dipaparkan

ii) Aplikasi Telefon Pintar

Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Semakan  Keputusan UPU

Setuju Terima Tawaran

Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 September hingga 04 Oktober 2022 di laman web rasmi Universiti Awam (UA).

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Cara Rayuan UPU

Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Semakan  Keputusan UPU

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline lepasan STPM sesi 2022/2023, sila hubungi:

Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online 2022

Leave a Comment