Cara Semakan Slip MUET (MUET/D) & Tukar Pusat Ujian 2023

Cara Semakan Slip MUET (MUET/D) & Tukar Pusat Ujian 2023

SEMAKAN MUET

Perhatian buat calon ujian MUET untuk tahun 2023, anda ini boleh membuat semakan slip daftar secara atas talian.  Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Selain itu, permohonan pertukaran pusat ujian MUET juga boleh dilakukan secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama.

Kami akan kongsikan berkenaan cara membuat semakan slip serta cara tukar pusat ujian.

Tarikh Semakan MUET/D

Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2021 boleh disemak mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.

 

Cara Semak Slip Daftar MUET (MUET/D)

Untuk membuat semakan MUET/D, sila ikuti langkah berikut:

  1. Klik pautan Portal Rasmi MPM (http://webmpm.mpm.edu.my/)
  2. Pilih Semak Pendaftaran MUET (Cetak MUET/D)
  3. Tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.

 

Cara Mohon Pertukaran Pusat Ujian MUET 

  1. Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.
  2. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui urlhttp://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
  3. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
  4. Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah 00dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.
  5. Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian ialah pada
    • 16 hingga 22 Februari 2022bagi MUET Sesi 1 tahun 2022,
    • 10 hingga 17 Mei 2022 bagi MUET Sesi 2 tahun 2022,
    • 30 Ogos hingga 5 September 2022 bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2022
  6. Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
  7. Rujuk Arahan https://www.mpm.edu.my/muet/perpindahan-pusat-ujiandan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM atau pautan terus di https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon untuk maklumat lanjut.

 

Maklumat Lanjut

Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

 

Adakah MUET Wajib Diambil?

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Beli pin UPU online baca: Cara Beli No ID Unik (Di ATM, Kaunter & SMS)

 

Leave a Comment