SEMAKAN STR FASA 1 (Tarikh Pembayaran Bermula 17 Januari 2023)

SEMAKAN STR FASA 1 (Tarikh Pembayaran Bermula 17 Januari 2023)

SEMAKAN STR FASA 1

Berita gembira kepada rakyat Malaysia yang layak memohon Sumbangan tunai Rahmah (STR), anda kini boleh membuat semakan status permohonan anda tersebut. Disini kami akan kongsikan tarikh pembayaran terkini untuk STR fasa 1 mengikut kategori kelayakan masing-masing

 

APA ITU STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada (STR) dan akan terus ditambah baik. STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan.

 

SYARAT KELAYAKAN STR

Berikut adalah merupakan kelayakan katagori penerima STR berdasarkan BKM terdahulu iaitu:

  • Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1

Berikut adalah merupakan katagori penerima STR iaitu:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama

 

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah kadar bayaran BKM yang akan diterima oleh penerima yang layak mengikut katagori:

KATEGORI PENERIMAKADAR STR FASA 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

 

SEMAKAN STATUS STR FASA 1

Berikut adalah membuat semakan status STR anda:

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status anda akan terpapar

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, anda boleh melayarii portal rasmi STR

 

Artikel Lain : STR Bujang 2023

Leave a Comment